in ,

Orang Cerita Pasal Murung, Kau Sibuk Dengan Iman

Gambar : https://www.youtube.com

Sebenarnya saya malas nak tulis apa-apa pasal kemurungan semenjak dua menjak ia menjadi topik hangat di media sosial sebab banyak sangat orang dah tulis. Saya cuma berpendapat ia adalah sesuatu yang baik sebab orang sudah mula berbual dan mengambil serius mengenainya.

Antara teori yang gemar diketengahkan oleh golongan yang mempunyai pegangan agama yang kuat adalah penyakit mental seperti kemurungan berpunca daripada lemah iman. Sebenarnya pernyataan ini adalah tidak tepat. Penyakit kemurungan mempunyai pelbagai punca. Contoh puncanya adalah faktor genetik.

Mengikut kajian, anda mempunyai peluang 2-4 kali lebih tinggi untuk mendapat penyakit mood sekiranya anda mempunyai ibu bapa atau adik beradik yang mempunyai penyakit yang sama. Kebolehwarisan (heretability) penyakit mood disorder adalah pada kadar 85% di kalangan pesakit bipolar dan 37% di kalangan pesakit unipolar depression. Pendek cerita, faktor genetik sangat mempengaruhi.

Dari aspek neurobiologi pula, kemurungan dikaitkan dengan rendahnya paras monoamine neurotransmitters di dalam otak seperti noradrenaline, dopamine dan serotononin. Ketidakstabilan neurottransmitter di dalam otak ini pula boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran sebagai contoh jika dari kecil sudah biasa membesar dalam persekitaran yang menakutkan, menjadi mangsa jenayah seksual dan penderaan contohnya.

Walaupun secara tradisional di Malaysia ini kita faham agama boleh dijadikan sebagai faktor pelindung kepada kemurungan, di dalam sesetengah kes, aspek agama boleh menerukkan lagi kemurungan seseorang itu. Ia berkait rapat dengan suasana beragama atau cara seseorang itu memahami agama. Sebagai contoh ada orang yang mempunyai imej negatif terhadap Tuhan seperti maha menghukum.

Selain kefahaman peribadi, terdapat keadaan di mana ahli jemaah dalam sesuatu komuniti agama itu sendiri yang menerukkan keadaan seperti sikap terlalu suka menghukum atau kurang toleransi terhadap perbezaan.

Adakah ini bermaksud kita boleh membuang terus agama daripada perbincangan mengenai masalah mental?

Jawapannya sudah tentulah tidak!

Agama juga boleh dijadikan sebagai satu source of strength/ coping mechanism apabila kena gayanya. Pendek kata sebelum beri nasihat hendaklah kita kenali dahulu orang yang kita nasihati itu. Bukan semua orang yang boleh menerima nasihat yang serupa.

Apabila seseorang itu mengalami kemurungan, sebenarnya dia akan banyak mengalami dysfunctional beliefs atau salah faham terhadap diri sendiri yang teruk. Contohnya dia percaya bahawa dia seorang yang tidak berguna, jahat, berdosa dan tidak ada masa depan. Sudahlah dia merasakan dirinya tidak berguna, tiba-tiba kita datang beritahu yang dia seorang yang tidak beriman pula. Kalau anda berada di tempat orang itu apa perasaan anda?

Hazreen Abdul Rashid

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Ini Keistimewaan Masjidil Haram Yang Tak Ada Di Tempat Lain

Video Hina Tokan Dadah Menyebabkan Selebriti Ini Ditembak Mati