, ,

OKU Bukan Sekadar Tak Cukup Sifat

Sejak berlakunya tragedi kemalangan akibat pemanduan melawan arus tempohari, saya menjadi silent reader di media sosial. Membaca berita-berita mengenainya, mengikuti perkembangan kes tersebut dan memerhatikan komen-komen ‘mendebarkan’ warga Malaysia di media sosial.

Alhamdulillah, hikmah disebalik tragedi ini, ramai yang mencari fakta tentang masalah pembelajaran yang selama ini tidak begitu mendapat sambutan. Dan apabila diuar-uarkan tentang kemungkinan remaja itu mempunyai masalah ADHD, ia sebenarnya memberi peluang kepada kita, orang-orang yang arif dan faham tentang masalah ADHD untuk menyebarkan maklumat sebenar tentang ADHD.

Tapi sebelum itu, ingin saya tegaskan disini bahawa saya tidak sekali-kali mempertahankan kesalahan yang telah dilakukan oleh remaja berkenaan. Salah tetap salah. Itu yang pasti.

Namun, golongan masyarakat sempurna yang rancak mengomen di media sosial ini juga punyai kesilapan yang tersendiri. Kalian telah meluahkan isi hati anda based on zero knowledge tentang ADHD. Sehinggakan perkara ini telah menyinggung orang lain yang mempunyai kaitan dengan masalah ADHD ini tanpa alasan yang jitu, mengapa yang lain harus turut terpalit dengan kesalahan seorang individu yang tidak kami kenali itu? Ya, kesilapan yang demikian tidaklah sampai meragut nyawa orang lain. Tapi salah tetap salah bukan? Saya bentangkan disini, perkara-perkara yang dibangkitkan masyarakat sempurna di media sosial;

1) Dia OKU. Mana sticker OKUnya?

Dia bukan OKU KURANG upaya. Dia OKU KELAINAN upaya. Biasanya kami tak apply untuk sticker ini. Malah kami tak kisah pun kalau tak dapat parkir ditempat yang khusus untuk kami kerana memikirkan kami lebih mampu dari segi fizikal berbanding mereka OKU berkod PH. Dan, untuk pengetahuan, bukan pemandu OKU sahaja yang layak mohon sticker itu, kalau mahu, orang yang selalu memandu untuk OKU juga boleh apply stiker OKU tersebut supaya urusan hal ehwal OKU dapat dipermudahkan. Tetapi, Stiker OKU tidak dikeluarkan oleh JKM. Mahu lebih jelas, sila baca post saya seketika dulu disini: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10155122178507074&set=pb.827432073.-2207520000.1489738956.&type=3&theater

2) OKU jadi model?

Ok, yang ini paling sakit hati. Apa masalah kalian sebenarnya? Tolong periksa hati masing-masing ye. Kenapa Einstein (autism/disleksia) boleh dirai sebagai lagenda, Adam Levine (ADHD) boleh jadi penyanyi popular dunia tapi di Malaysia OKU Masalah Pembelajaran tak boleh jadi model? Tahukah anda, Malaysia mempunyai pilot yang mempunyai masalah disleksia? Nah, mari saya perkenalkan dengan Captain Anthony Tan http://www.getmecare.com/…/malaysians-with-dyslexia-captai…/

MasyaAllah. Istighfarlah. Kita semua jadi siapa kita hari ini dengan izin Allah semata-mata! Kenapa dipersoalkan takdir tuhan ke atas orang lain..tak kisah lah Islam atau tidak.

3) OKU ambil dadah? Pergi clubbing? Minum arak?

Maaflah nak cakap. Yang normal pun tak terlepas dengan masalah sosial seperti ini, apalagi OKU seperti remaja itu yang lebih mudah dipengaruhi. Nak heran apa? Rest your case now! Itu adalah kesilapan peribadi remaja berkenaan. Bukan gambaran untuk semua golongan kami secara amnya. Dan seharusnya, kesalahannya yang inilah yang patut dibincangkan. Bukan mempertikaikan kenapa OKU masalah pembelajaran dibenarkan dapat lesen dan memandu.

4) Macam mana OKU yang ambil ubat boleh dapat lesen memandu?

OK…ini sangat subjektif. Kami semua ambil lesen macam orang lain juga. Kami lulus, kami dapat lesen pun macam orang lain juga. Tapi jika ada Kad OKU, sudah pasti dia dapat kelulusan dari doktor untuk memandu. Perlu diingat, kita tak boleh menilai masalah pembelajaran ini dengan sukatan yang sama untuk setiap orang yang bermasalah yang sama. Ada tahap-tahapnya. Dan mungkin doktor berpendapat yang dia boleh memandu dengan syarat makan ubat yang ditetapkan untuknya.

Jangan terkejut ye…golongan kami ni selalunya lebih baik dalam pemanduan berbanding yang tak ada kad OKU. Baca sendiri apa JPJ kata: http://www.freemalaysiatoday.com/…/slow-learners-can-get-d…/

5) Overdose atau penyalahgunaan dadah?

3 ubatan yang popular digunakan untuk ADHD ialah Ritalin, Concerta dan Adderall. Ritalin dan Concerta adalah nama generic untuk Methylphenidate. Adderall pula amphetamine/dextroamphetamine.

Mari baca perbandingan ubatan ini di sini http://www.healthline.com/health/adhd/concerta-ritalin… dan di sini http://www.healthline.com/health/adhd/concerta-adderall…

Anak-anak saya sendiri mengambil ritalin dan concerta atas arahan doktor. Namun percayalah, kami ibubapa tidak pernah mahu anak-anak kami terus bergantung kepada ubat-ubatan ini. Kebanyakan kami cuma berikan bila perlu sahaja. Contoh; waktu exam. perlu fokus lebih bila guru mengajar topik yang susah, bila travel atau perlu hadir majlis tertentu. Saya sendiri tak beri anak makan ubat-ubat mereka bila hanya berehat dirumah dikala cuti. Cuma bila perlu mengajar dan perlu mereka beri perhatian sahaja. Selebihnya kami cuba latih mereka sehingga mampu hidup tanpa perlu bergantung dengan ubatan ini. Ambil contoh ubat ritalin anak saya, 1 pill hanya 10mg. Doktor suruh makan setengah sahaja setiap kali makan ubat. Adakah amaun yang sebanyak itu boleh menyebabkan halusinasi? Tidak. Jadi mungkin ada penyalahgunaan yang lain dari ubat yang dikhususkan untuknya tapi menggunakan bahan yang sama untuk ubatan masalah ADHD disitu. Jadi rasanya hal ini kita serah saja lah kepada pihak berkuasa. Salah tetap salah kan? Tapi bukanlah ubat ADHD tu yang salah. (Baca link yang saya sertakan dia atas. Ubatan ini sebenarnya membantu untuk memandu!)

Point yang saya ingin tambah:
Di Malaysia ini, tahap kesedaran tentang masalah pembelajaran masih ditahap menyedihkan. Yang paling ‘glamer’ setakat ini hanya lembam, down syndrome, autism dan disleksia. Hal ini sangat jelas dilihat dari jutaan komen-komen FB. Anda boleh cari dan baca sekarang di page-page yang memaparkan berita tragedi kemalangan berkenaan. Masih ramai yang tidak didiagnos oleh mana-mana pakar kerana masih ramai yang tidak tahu.

Kenalilah ADHD. Mengapa penting mengenal ADHD? Kerana ADHD ada dimana-mana. Seseorang yang bermasalah ADHD mungkin juga mempunyai masalah autism, disleksia, lembam atau asperger. Tapi seseorang yang bermasalah lembam, autism, disleksia atau asperger belum tentu bermasalah ADHD. Malah ada juga yang tidak mempunyai masalah autism, lembam, disleksia atau asperger tapi mempunyai masalah ADHD.

I will be 40 this year. Ada ramai yang sebaya saya yang mungkin ada masalah pembelajaran tapi kami tidak mempunyai diagnosis dari mana-mana pakar kerana pada zaman sebelum ini, Malaysia tidak punya kesedaran yang sekurang-kurangnya seperti yang ada sekarang. Saya berani katakan, yang lebih tua dari saya pastinya lebih ramai kerana pada era Tanah Melayu / Malaysia baru kesedaran mengenai masalah pembelajaran adalah ditahap ZERO. Yang lebih muda dari saya pun masih ramai terbiar tanpa diagnosis kerana kesedaran yang tidak sampai kepada mereka atau mungkin juga malu untuk mengakui masalah masing-masing. Dengan itu, entah berapa ramai lagi yang sebenarnya ADHD memandu di jalan raya hari ini tanpa ubat sedangkan jika dibawakan berjumpa pakar, mereka akan menerima preskripsi seperti kami sekarang?

Nasihat saya, hentikanlah dari terus bersuara sumbang. Biar siasatan dan hukuman dijalankan oleh pihak yang berwajib. Jika didapati dia bersalah, semoga dia mendapat iktibar yang sesuai dengannya. Terpaksalah dia akur dengan kesilapan-kesilapannya sendiri. Kita faham masalah dia. Tapi bak kata saya dari awal lagi, salah tetap salah.

Buat ibu bapa anak-anak ADHD, bertabahlah. Semoga kita terus gagah dalam berusaha dan berdoa, agar kita mampu terus menggalas tanggungjawab yang diamanahkan Allah kepada kita ini. Agar anak-anak kita mampu berfikir dan bertindak dengan baik bila nanti sudah dewasa dan perlu berdikari sendiri. I know you understand what I really mean here kan? *group hug*

Buat masyarakat sempurna yang lain…..Stop talking. Read more. #RaiseAwareness

 

Aezza Masri

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Tart Paling Sedap Di Dunia

Pengaruh ‘The Big 4 Of Thrash Metal’ Terhadap Spektrum Seni Budaya