,

Nama Saja Kota Maju, Tapi Ilmu Dan Seni Masih Mundur

 

14344135_10154165956024177_3323293394041448182_n

Putrajaya ialah sebuah kota pentadbiran negara yang kita cintai bernama Malaysia. Di dalam Putrajaya terdapat pelbagai manusia berpangkat besar, kecil dan langsung tiada pangkat. Aku juga merupakan sebahagian daripada penduduk di Putrajaya. Aku menumpang di sebuah rumah yang disediakan Kerajaan (dengan memotong elaun perumahan dan sedikit jumlah gaji aku).

Kota ini sebenarnya kota yang damai walaupun seni binanya berkecamuk dan tidak membawa identiti sebuah kota. Terdapat seni bina Arab, Melayu, India, Cina, majmuk bukan?

Namun berasaskan kepada pemerhatian tajam aku di kota ini, Putrajaya melihatkan kekurangan dan kelompongan terbesar yang tidak dapat disangkal lagi, ilmu.

Mengapa aku berkata demikian? Ini kerana Putrajaya hanya bergantung kepada MPH dan SMO Bookstore yang menjual buku dan baru-baru ini Borders dibuka di IOI City Mall. Kota yang besar, tetapi kedai buku hanya di dalam gudang-gudang membeli-belah.

Keduanya perpustakaan awam yang berdiri sebagai perpustakaan (bukan perpustakaan mana-mana Jabatan Kerajaan) ini juga ialah kekurangan utama di Putrajaya.

Muzium, galeri seni dan arkib juga tidak wujud di sini. Ya! Putrajaya ada Muzium Alam Semulajadi, tetapi apa yang dipamerkan di sana? Entah.

Putrajaya, jika mahu dilihat gagah bukan hanya pada bangunan yang besar-besar mengalahkan gergasi, tetapi Putrajaya harus diisi dengan bangunan-bangunan berilmu seperti yang aku senaraikan tadi.

Jika pihak berkuasa berdepan kekangan perbelanjaan, biarlah aku dibenarkan membuka ruang bacaan buku secara jalanan di mana-mana tempat yang sesuai (misalnya di pinggir tasik di Presint 5). Putrajaya dahagakan ini.

Daniyal Kadir

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *