in ,

Nak Masuk Sekolah Pendidikan Khas Tak Perlu Kad OKU Pun

Gambar : FB Norizwan Azlan

Petang semalam aku bawa Zara ke hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh sebab ada appointment dengan pakar kanak kanak.

Zara kan disyaki ada autisme, jadi doktor nak tengok perkembangan dia supaya doktor boleh cadangkan apakah langkah-langkah intervensi yang boleh diambil.

Semalam juga adalah detik di mana aku baru dapat tau satu benda yang selama ni aku dapat info yang salah dan mungkin orang lain juga dapat info yang salah.

Selama ni apa yang aku faham, kalau nak masuk sekolah pendidikan khas, kena ada kad OKU. Tak ada kad OKU tak boleh register masuk sekolah pendidikan khas.

Tapi semalam pemahaman aku ni telah disangkal oleh doktor di HRPB Ipoh. Katanya, nak masuk sekolah pendidikan khas ni tak payah kad OKU pun.

Doktor pun tunjuk dekat aku yang dia akan tulis ‘untuk pendidikan khas’ pada borang dan terus bawa borang ke Jabatan Pelajaran Negeri. Nanti di situ, JPN akan tempatkan anak aku di sekolah pendidikan khas yang aku pilih atau yang menawarkan pembelajaran khas untuk budak macam anak aku.

Borang tu doktor kata sama macam borang mohon kad OKU, tapi borang ni juga boleh guna untuk masuk sekolah pendidikan khas tanpa kad OKU.

Doktor kata dekat aku jangan kalut dan gelojoh sangat nak mohon kad OKU. Kita tak tau rezeki anak kita jika besar nanti dia jadi normal ataupun boleh campur dengan orang orang normal dan belajar macam orang normal. So give it a try first katanya. Kalau memang betul tak boleh, barulah mohon kad OKU.

Doktor kata lagi, anak-anak macam Zara ni kemungkinan besar ada intellectual impairment je. Maksudnya lambat untuk belajar. So, bagilah dia belajar dulu tanpa sah jadi OKU. Kalau ada rezeki, bolehlah dia belajar dengan orang normal. Cuma kena reda lah anak kita masuk pendidikan khas sebab itu level yang sesuai untuk dia.

Apa-apa pun, bagi sesiapa yang ada anak sama macam anak aku si Zara tu, korang tak perlu pun apply kad OKU untuk masukkan anak ke pendidikan khas. Dapatkan nasihat dan doktor akan isi borang dan tulis pesanan untuk Jabatan Pelajaran Negeri tentang nak masukkan anak korang ke sekolah pendidikan khas.

Kat HRPB ni pun memang majoriti doktor tak rekemen ambil kad OKU unless budak tu memang patut kena ambik. Depa nak budak-budak macam Zara merasa jadi orang normal juga walaupun langkahnya lambat.

Share lah kalau rasa benda ni bermanfaat pada kau dan juga orang lain.

Norizwan Azlan

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

5 Jenama Automotif Malaysia Tahun 2017

Filem Hindi Padmaavat: Fakta, Emosi, Ketenteraman Dan Hak Asasi