in ,

Nak Jimat Bil Letrik RM1,000 Dan Terus Kekal Nyaman? Inilah Caranya!

Gambar : FB M Firdaus Baharuddin

Hari ni saya kongsikan bagaimana aircond jenis baru boleh bantu anda jimat bil TNB lebih RM1,000 setahun.

Saya ambil contoh ini untuk aircond jenama Panasonic 2.5hp.

Untuk aircond lama Panasonic, penggunaan elektriknya adalah 2.47kW sejam, manakala aircond baru pula, 1.97kWj. Saya bandingkan 2 jenis aircond ini dari jenis “non-inverter” ya.

Nampak sikit saja bezanya, kan? Hanya 0.5kW saja.

Bagaimana beza 0.5kW ini boleh berikan beza RM1,000?

Ok, saya jelaskan dengan kiraan seperti di bawah:

> Penggunaan harian : 12 jam
> Penggunaan bulanan : 27 hari

Untuk jumlah kWj bulanan 2 jenis aircond ini:

> Baru: 631.8 kWj
> Lama: 800.3 kWj

Bil TNB bulanan dengan caj domestik (rumah) adalah:

> Lama: RM342.00
> Baru: RM250.00
* Beza: RM92.00

Bil TNB bulanan dengan caj komersil (pejabat) pula:

> Lama: RM393.00
> Baru: RM307.00
* Beza: RM86.00

Untuk bil tahunan, kita kali saja 12 bulan angka-angka di atas:

Domestik:
> Lama: RM4,104.00
> Baru: RM3,000.00
* Beza RM1,104

Komersil:
> Lama: RM4,716.00
> Baru: RM3,684.00
* Beza RM1,032.00

Ok jelas kan?

Mengikut pengalaman kami, sebuah pejabat biasa akan menggunakan sekurangnya 2 unit aircond berkuasa 2.5hp. Bermakna setiap pejabat akan jimatkan bajet utiliti TNB lebih dari RM2,000 setiap tahun dengan menggunakan aircond jenis baru.

Biasanya aircond akan digunakan sehingga hayatnya 5 tahun (juga mengikut susutnilai accounting). Ini bermakna setiap pejabat boleh jimat lebih RM10k untuk bil TNB mereka dengan aircond baru mereka ini.

Untuk pemasangan aircond baru 2.5hp, kita ambil average kosnya RM3,000 untuk sebuah aircond. Jadi, setiap syarikat masih mampu berjimat lebih RM4,000 dengan pemasangan 2 unit aircond baru tersebut.

Ok, ini saja perkongsian saya kali ini berkenaan aircond anda.

Di dalam post selepas ini, saya usahakan untuk kongsikan mengapa aircond jenis baru boleh jimatkan bil TNB anda.

M Firdaus Baharuddin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Asal Usul Jumanji

MAS Naik Taraf Pesawat Baharu Semalam