in ,

Nak Belajar Hingga Ke Oxford? Kenal Dahulu Alumninya Dari Malaysia!

Gambar: HuffPost UK

Universiti Oxford merupakan universiti terbaik di UK dan antara lima buah universiti terbaik di dunia. Universiti ini juga merupakan universiti tertua di dunia barat. Universiti Oxford telah melahirkan begitu ramai tokoh yang mempengaruhi perjalanan sejarah dunia sejak dahulu. Nama-nama seperti Bill Clinton, Indra Ghandi, Stephen Hawking, Rupert Murdoch dan banyak presiden dalam kalangan negara Eropah, Asia dan juga benua Afrika. Tak kurang juga orang-orang hebat Malaysia yang merupakan alumni dari Oxford.

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin Abu Bakar ialah Menteri Belia dan Sukan sejak 2013 sehingga sekarang. Telah melanjutkan Ijazah Sarjana Muda dalam Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE) di St. Hugh College, Oxford dan merupakan felo di Pusat Pengajian Islam Oxford.

 

Datuk Dr. Afifi al-Akiti

Datuk Dr. Afifi al-Akiti merupakan salah seorang anak tempatan pertama yang menjadi pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi di Universiti Oxford, turut menjadi salah seorang felo di Worcester College, Oxford. Beliau juga merupakan alumni universiti terkenal ini dalam jurusan Ijazah Doktoran Falsafah dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval).

Sultan Nazrin Muizuddin Shah

Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizuddin Shah juga merupakan salah seorang alumni Universiti Oxford dalam jurusan  Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi. Baginda juga adalah Felo Kehormat Worcester College, Universiti Oxford.

Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan kedah ke-28 juga merupakan salah seorang pelajar lepasan Universiti Oxford di Kolej Wadham, Oxford. Baginda menamatkan diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.

Raja Zarith Sofiah

Raja Zarith Sofiah, Permaisuri negeri Johor Darul Takzim ini juga telah menamatkan pengajiannya di Somerville College, Universiti Oxford. Baginda telah mendapat Ijazah Bachelors of Arts dan seterusnya menerima Ijazah Master of Arts pada tahun 1986.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Orang Bodoh Di Mana-mana

Kau Pernah Dengar Air Zamzam Special?