in

#MuslimBan Dalam Bentuk Ilustrasi Ini Wajib Kau Tahu

Sejak bermulanya pemerintahan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat, beliau telah mengambil beberapa langkah yang kontroversi. Salah satunya adalah sekatan ke atas tujuh negara Islam dengan menghalang kemasukan rakyat negara tersebut ke Amerika Syarikat.

Terbaru, Virginia Alonso Navarro, seorang aktivis dan juga Ketua Inovasi AKTEK, salah sebuah start-up yang sering membantu meningkatkan kesedaran teknologi di negara-negara konflik, telah menggambarkan tindakan sekatan Trump itu dengan satu illustrasi.

Dalam satu temuramah eksklusif Virginia dengan ‘Indy100’, beliau menyatakan bahawasanya tindakan Trump itu sememangnya satu ‘diskriminasi’ walau apa pun alasannya. Beliau juga berkata ianya adalah satu langkah yang songsang di dalam pembangunan global masa kini.

‘Hak untuk dihormati adalah satu perkara asas yang paling penting bagi setiap insan’, tambahnya lagi.

Navarro pada mulanya telah menjalankan satu projek untuk mengetahui tujuan kehidupan dan pembelajaran terakhir masa kini. Projek yang melibatkan hampir 200 orang peserta ini telah menghasilkan keputusan yang kebanyakannya merujuk kepada kesan pemerintahan Trump dalam kehidupan mereka.

Ini telah mendorong Virginia untuk melakukan kajiselidik ke atas artikel-artikel dan dokumen-dokument rasmi mengenai tindakan sekatan Trump. Hasilnya, beliau berjaya menyatakan kesimpulan tindakan itu di dalam bentuk yang ringkas – illustrasi.

Dengan menggunakan cat warna air, Navarro telah membuat satu set illustrasi yang digelar, ‘An Illustrated Exploration of the #MuslimBan’ yang menerangkan maksud yang jelas di atas arahan Trump itu.

Beliau berharap illustrasi tersebut dapat disampaikan melalui sumber-sumber media dalam bentuk yang mudah difahami agar lebih ramai mengetahui dan memahami akan kesan tindakan sekatan Trump tersebut.

Di dalam illustrasi tersebut yang merujuk kepada artikel dari Bloomberg, Navarro telah menunjukkan kekecualian sekatan terhadap beberapa negara tertentu yang mempunyai kaitan perniagaan dengan Donald Trump seperti Arab Saudi, UAE dan Mesir. Ianya jelas menyatakan sikap diskriminasi Trump.

Sekatan Trump ditarik balik bagi mereka yang mempunyai dua kerakyatan, Amerika Syarikat dan tujuh negara sekatan, tetapi tidak pada mereka yang memegang visa pelajar dari negara-negara sekatan tersebut. Hak mereka itu untuk meneruskan kehidupan di Amerika telah dinafikan.

Navarro menyatakan, negara kelahiran, agama dan Islam bukanlah masalah. Tetapi sifat kemanusiaan adalah perkara paling penting walau apa pun kepercayaan kita.

 

 

Shairy Hanapiah

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Rupanya Berbeza Felda Dan FGV

Kalau Sepinggan Nasi Pun Kau Tak Habiskan, Macam Mana Nak Dapat Segunung Emas?