in ,

Murung dengan Gila Pun Tak Reti Beza

Hidup ini bukan semuanya indah. Ada kalanya kita berbahagia, kadang kala kita hilang harapan. Rasa kosong, tidak sedih, tidak gembira. Bagi diri kita, mati itu pengakhiran segala masalah yang kita hadapi. Masalah ini tidak semestinya besar bagi kita. Kadang kala, kita rasakan perkara itu remeh, tapi bagi mereka itulah masalah terbesar yang tidak jumpa penyelesaian. Hendak diminta bantuan keluarga, guru, rakan rakan dikatakan gila. Tidak cukup iman. Murtad. Persoalan demi persoalan di benak fikiran tidak berjumpa jawapan, dan mereka makin hanyut, cuba mencari pintu keluar.

Bukan semua orang yang ingin tamatkan hidup itu benar benar ingin tamatkan. Bila mereka tidak berjumpa jalan keluar, mereka melihat mati merupakan satu pintu syurga buat mereka.

Mereka mampu memakai topeng paling sempurna kepada masyarakat-berjaya, gembira dan selainnya. Namun, hakikatnya mereka kesunyian. Mereka murung, bukan gila.

Kemurungan merupakan satu keadaan yang telah menjadi satu penyakit mental atau Major Depressive Disorder. Hanya pakar psikiatari mampu memberikan diagnosa kepada pesakit. Ia bukanlah lawak jenaka, sebaliknya ia betul betul memerlukan perhatian.

Apa yang kita boleh jadi selaku orang terdekat, jika mendapati ada yang murung?

1. Jangan sisihkan. Ajak beliau berkawan, dengan cara elok. Jika beliau menolak, jangan paksa. Beri dia masa untuk dia bertenang. Silap kita, nampak orang murung, semua pulaukan. Ini bukan menjadikan pesakit itu sihat, tetapi menjadikan beliau lagi murung dan hanyut.

2. Jadi pendengar. Jujurnya, mereka menghadapi kesukaran, masalah. Jangan jadi hakim tak bertauliah. Dengar. Usap bahu rakan, jika beliau menangis, tadahkan bahu. Fahami keadaannya. Jika nampak beliau down, triggered, bawa ke tempat yang kurang orang ramai untuk beliau bercerita. Oh ya, mohon simpan amanah, bukan sebarkan. Ini bukan drama pukul 7.

3. JANGAN HAKIMI. Alamak, huruf besar tu. Ada yang kata: Eh, masalah kau kecil sahaja. Kau tak cukup iman. Kau kena istighfar. Satu perkara yang kita perlu tahu, sebagai pesakit, kita sudah lakukan macam macam cara untuk kurangkan depresi, tetapi gagal. Stigma seperti ini tidak membantu, sebaliknya memburukkan keadaan. Masalah tetap masalah yang kita seharusnya bimbing, bukan merendahkan. Jika pesakit jantung perlu rawatan glyceryl trinitrate (GTN), bawa ke hospital, kenapa masalah mental dipandang sepi?

4. Dapatkan bantuan pakar. Berikan beliau masa untuk berfikir. Bukan mudah untuk pesakit keluar dari stigma dan dapatkan bantuan. Boleh buat ujian DASS, dan bawa kepada fasiliti kesihatan yang berdekatan. Satu peringatan mesra, DASS tidak berfungsi sebagai keputusan, sebaliknya ia menjadi ujian saringan, membantu pakar psikiatari.

Akhir kalam, murung bukan gila. Sebaliknya, kemurungan merupakan tanda awal untul kita membantu, memahami untuk bangkit semula dalam hidup. Kemurungan boleh dihadapi oleh semua orang, termasuklah yang alim. Jika kita melihat pesakit sebagai orang tidak beriman, sekurang kurangnya bantulah mereka selaku manusia. Islam mengajar kita ilmu dan hikmah. Islam mengajar kita untuk bersikap ihsan dengan semua makhluk, tidak mengira agama yang dianuti.

Nurul Syahirah
Kembara insan seperti nama

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Total votes: 4

Upvotes: 4

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Facebook 2018 Oleh Mark Zuckerberg

Rahsia Yang Dato Aliff Syukri Tak Nak Orang Tahu!