in

Misteri Perempuan Berkebaya Merah Akhirnya Terjawab

Dukun merupakan sebuah filem terbitan Astro Shaw. Arahan pertama pengarah terkemuka Dain Said, pengarah kepada filem Bunohan. Kita pun tahu betapa hebatnya filem Bunohan ni sampai ada yang ulang tonton tiga kali pun tak puas dan tak faham-faham.

Filem Dukun ini dikatakan diadaptasi daripada sebuah kisah benar kes Datuk Mazlan Idris dan Mona Fendy pada 1993.

2006, filem ini siap diarahkan dan siap untuk ditayangkan pada 2017. Tiba-tiba ia menjadi satu huru-hara apabila ada pihak yang menghalang filem ini daripada disiarkan di panggung wayang.

Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) mengharamkan filem berkenaan kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga pihak terbabit (Harian Metro).

Begitulah serba sedikit sejarah filem ini.

12 tahun kemudian, filem Dukun kembali disebut-sebut. Rupa-rupanya, ada pihak yang telah membocorkan keseluruhan filem berdurasi 1 jam 35 minit ke media sosial hingga menarik FINAS, pihak PDRM dan Astro Shaw untuk menyiasat kes ini.

Minggu lalu, seperti yang kita tahu, sudah hangat dikongsikan sebuah klip video memaparkan seorang (atau tiga?) perempuan berkebaya merah berjalan di dalam kegelapan di sebuah jalan.

Semua orang bercakap tentang kes ini, mengeluarkan teori masing-masing. Ada yang cakap ini betul, ada yang mengaku video ni sengaja dibuat. Ada yang tiba-tiba terus cakap dia pun pernah jumpa perempuan berkebaya merah lepas balik memancing tengah-tengah malam dulu.

12 jam lepas, pihak Astro Shaw memuatnaik Official Trailler filem Dukun di page Facebook rasminya. Menariknya, mereka gunakan #PerempuanBerkebayaMerah, #AkhirnyaKitaBertemu dan #Dukun.

Setelah berbelas-belas tahun filem yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia ini diperam dalam arkib mereka, dapat juga ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 5 April 2018.

Jika dilihat kepada kronologi, nampaknya pihak penerbit filem ini menyusun teknik pemasaran mereka dengan teliti dan tersusun. Jika betullah mereka buat.

Kalau misalnya kebetulan pun, untunglah pihak penerbit. Membuatkan rakyat bercakap-cakap dan tertanya-tanya di media sosial hinggalah kemuncaknya 5 April ini.

 

 

Zulhilmi Daud

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Buat Duit Dengan Melancong Ke Jepun

Sukan Komanwel 2018 Buka Tirai Esok!