,

Mereka Mempercayai Saya, Saya Tidak Patut Hidup Di Atas Nyawa Rakan-Rakan

Lelaki yang menolak mengangkat senjata api ketika menyertai pasukan tentera. Dia juga tidak mahu membunuh. Desmon hanya mahu menyelamatkan nyawa sahaja tanpa membawa senjata.

Dia hanya mahu kekal sebagai anggota perubatan tentera.

Desmon hampir-hampir dikenakan tindakan mahkamah tentera atas dakwaan melanggar arahan.

Semua anggota tentera dalam kem bimbang dan melihat Desmon sebagai beban. Tanpa membawa senjata, semua anggota mengandaikan mereka terpaksa bekerja lebih melindungi dia ketika di medan perang.

Desmon Doss membuktikan keberanian apabila menyelamatkan 75 orang tentera yang cedera ketika pentempuran Okinawa pada Perang Dunia Kedua.

Desmon membawa seorang demi seorang ke tubir (tebing) Madea (foto) dan diturunkan mereka menggunakan tali.

Kemudian dia berpatah balik mencari seorang demi seorang anggota selepas serangan laut dan darat oleh tentera Jepun.

Dalam temubual, Desmon berkata, “Setiap kali mengangkat anggota yang tercedera, saya berkata, Tuhan izinkan aku membawa seorang lagi. Tuhan izinkan aku membawa seorang lagi.”

Selama 12 jam dia berada di tapak pertempuran, seorang diri dan melihat mana-mana anggota yang masih bernyawa selepas serangan bertalu-talu yang membuat mereka berundur sebelum ini.

“Mereka masih ada di sana dan saya tidak sepatutunya tinggalkan mereka. Mereka sahabat saya, sebahagian sudah berkeluarga. Mereka mempercayai saya. Saya tidak patut hidup di atas nyawa rakan-rakan. Maka saya ambil keputusan bersama-sama mereka dan membawa seramai yang mungkin (untuk diselamatkan),” kata Desmon.

Dari ketinggian 400 kaki, seorang demi seorang rakan diikat dan dibawa ke bawah agar dapat diberi rawatan.

 

Zamri Mohamad

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Rumah Pun Boleh Jadi Pelaburan

Kau Fikir Senang Nak Cabut Gigi?