in ,

Menentang Elitis Metal

Perang Ideologi atau Musisi?

Apa itu Elitis Metal? Elitis Metal ialah kelompok pendengar atau pemuzik yang taksub dan mengkagumi rentak heavy metal yang tradisional dan old-school, menafikan dan enggan menerima sebarang jenis cabang genre yang lahir daripada evolusi muzik metal itu sendiri. Di Barat, golongan ini lebih mudah dikenal pasti dengan cara penampilan dan imej mereka yang ketara ‘metalnya’; rambut panjang, full black suite, battle jacket, kasut but, dan gaya hidup yang lebih ‘punk’.

Memasuki era tahun 2000, muncul satu gelombang baru dalam dunia pendengar muzik keras ini di mana band seperti Disturbed, Limp Bizkit, Slipknot dan Linkin Park menggegarkan industri muzik metal dengan suatu pembaharuan dalam pembentukan komposisi lagu berentak metal ini. Elemen rap, electro dance music, dan imej yang ala hip-hop dan budak baik (rambut pendek/botak) mula diperkenalkan pada waktu itu. Penulis tidak sempat merasai kejutan fenomena itu kerana penulis masih terlalu mentah dan muda ketika itu. Paling berat pun layan Avenged Sevenfold saja waktu itu. Bagi golongan Elitis Metal ini, elemen baru yang dimasukkan dalam lagu-lagu band tersebut mencabul prinsip tak bertulis dalam dunia metal, selain imej yang ditonjolkan band-band tersebut tak lebih daripada ‘budak lembut yang cuba nampak cool dengan muzik berat’.

Memasuki tahun 2008, letusan genre baru, Metalcore (selain ‘core’ yang lain muncul) mula menerjah masuk dan mendominasi jualan album dan t-shirt hasil populariti genre muzik ini. Dimulakan oleh band seperti Asking Alexandria, Bring Me The Horizon, Miss May I, dan puluhan lagi band yang ada pada waktu itu. Terkenal dengan super heavy breakdown, penyampaian vokal jeritan skala penuh, dan pelbagai lagi teknik vokal yang brutal dimasukkan (secara peribadinya pada penulis masih lembut berbanding stail vokal death metal) dan diselang-selikan dengan clean vokal dan sedikit unsur pop. Pengikut trend muzik ini juga menampilkan imej yang lebih trendy, rambut ala emo, gaya hidup yang tampak mewah, t shirt yang lebih berwarna warni (tidak lagi menganggap hitam sebagai warna rasmi metal). Aku akui sedikit sebanyak terjebak dengan Metalcore ini (muzik saja, bukan fesyen), playlist dalam phone penuh dengan lagu-lagu Asking Alexandria dan Bring Me The Horizon waktu itu.

Kemudian muncul pula band Black Veil Brides, yang menampilkan imej seperti band Kiss dan daripada segi luarannya tampak brutal tapi ternyata berkontradiksi sama sekali dengan irama muzik yang dibawakan. Muzik mereka lebih sesuai digelarkan sebagai hardrock saja, tak sesuai dengan imej metal yang dibawa namun masih berjaya menambat hati dan pendengar-pendengar yang baru berjinak dengan muzik metal di seluruh dunia. Line-up band-band yang disebutkan tadi juga digilai para wanita berikutan ketampanan dan imej bad boy yang ditampilkan seperti Oliver Sykes (vokalis Bring Me The Horizon) yang digelar sebagai ‘chick magnet’.

Jadi persoalan utama, perang utama golongan elitis metal terhadap gerakan baru ini lebih kepada arah tuju muzik atau ideologi?

Bagi penulis, perang ini tak lebih daripada sekadar penentangan terhadap evolusi muzik itu sendiri. Golongan elitis metal ini percaya bahawa muzik metal itu harus berada dalam dunianya yang tersendiri dan ekslusif, tidak bercampur dengan elemen-elemen pop yang dilihat devian dalam dunia metal. Sebahagian pula berpendapat, evolusi dalam muzik metal itu takkan dapat dielak berikutan perkembangan yang progresif dalam dunia elektronik selain memberi lebih variasi, lapisan bunyi dan atmosfera yang pelbagai kepada pendengar muzik metal. Apa pun, bergantung kepada pendengar sejauh mana dan apa yang dimahukan pendengar, seni metal atau sekadar ikut trend sahaja.

Contoh paling mudah untuk dihadam, seperti apa yang berlaku dalam dunia akademik atau istitusi agama suatu ketika dulu di mana wujudnya kaum tua yang menentang gagasan kaum muda. Bagi kaum tua, dasar yang diperjuangkan kaum muda tampak seolah cuba meliberalkan masyarakat, tanpa cuba melihat kebaikkan yang ada di sebaliknya. Kaum muda pula ada yang cuba mengambil kesempatan dengan gerakan baru ini, lari daripada matlamat asal dan cuba perjuangkan ideologi individualistik. Sekadar contoh ya.

Tidak ada salahnya memasukkan elemen elektronik dalam pembikinan lagu atau penggunaan teknologi yang lebih canggih dalam rakaman di studio selagi mana pemuzik tersebut merupakan betul-betul seorang pemuzik! Tidak membiarkan teknologi mendominasi bakat yang ada, jika tidak hanya akan membiarkan lambakan band metal yang tumbuh dengan ligat di luar sana. Pendengar baru pula akan beranggapan bahawa muzik metal ini senang dan mudah dimainkan, sekaligus dengan pantasnya mengsampahkan genre kesayangan ramai ini.

Penulis taksub dengan Megadeth, (dan yang seangkatan) tapi pada masa yang sama penulis juga amat menggemari Enter Shikari. Amat berkontradiksi sekali, sila dengar lagu kedua band tersebut, kalian akan merasa sangat berbeza! Kerana bagi penulis, seni dan bakat itu adalah yang paling terutama dan teratas dalam konteks pemuzik yang sebenar. Bak kata seorang kawan elitis metal: Pendengar kadang hanya layak sebagai pendengar, pemuzik kian manja dengan kesenangan, bila mana teknologi terlalu memudahkan, seni pun hilang!

 

Adam Mukhriz

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Bukan Mahal Pun Nak Pakai Barangan Ori, King!

Kau Tahu Apa Perlu Buat Bila Bertemu Ular?