in ,

Mencari Calon Isteri? Ini 10 Rahsianya

10 Tip Kenali Wanita Baik Untuk Dibuat Calon Isteri.

1. Menjaga Tutur Bahasa.
Seorang wanita yang baik akan sentiasa menjaga tutur bahasanya. Jika sebelum berkahwin lagi dia sudah boleh ber ‘sial’, ‘babi’ kan engkau, sebaiknya kau tak perlu fikir untuk pergi ke tahap yang seterusnya.

Ataupun yg jenis cakap “Alah, ada virgin tak ada virgin ni sama aja.” Lebih baik kau berundur.
Wanita yang menjaga tutur bahasa ialah wanita yang menghormati dirinya. Hanya wanita yang mampu menghormati dirinya sahaja akan menghormati suaminya.

2. Tidak mengongkong.
Dia tidak pernah meminta untuk memegang atau memeriksa barang-barang peribadi kau seperti handphone, beg duit ataupun beg galas.

Dia sentiasa menghormati ruang, kawan-kawan, hobi, cita rasa muzik, filem dan sesuatu yang kita sukakan. Kau suka kalau dapat bini yang sanggup tulis dekat page confession university yang suami dia puja setan sebab minat lagu Metallica?

Kau mesti cari bini yang kalau kau jadi Hans Solo dia jadi Leia Organa. Baru steady.

3. Mudah dibentuk.
Apabila kau mencadangkan sesuatu perkara yang berkait dengan sesuatu perubahan, dia mudah untuk dibawa berbincang dan mudah untuk menerima. Dia bukan jenis kaki bangkang ataupun seseorang yang sentiasa merasakan dirinya yang paling betul. Contohnya, kau cakap suara Siti Nurhaliza lebih sedap daripada suara Adelle, dia bermati-matian cakap suara Adelle lebih sedap. Kalau kau tak setuju dia nak clash.

4. Bersederhana.
Tidak keterlaluan di dalam melakukan sesuatu perkara. Seorang wanita yang bersederhana lebih disenangi. Ia boleh dilihat daripada cara berfesyen, solekan dan penjagaan diri.

Kalau kau jenis lelaki yang boleh bersabar dapat seorang isteri atau bakal ibu kepada anak-anak kau yang memerlukan masa tiga jam untuk bersolek hanya untuk keluar makan, kau bolehlah teruskan. Kalau rasa tak boleh baik lupakan saja.

5. Menghormati ibu dan ayah.
Seorang wanita yang baik boleh dilihat daripada hubungannya dengan ibu dan ayahnya. Seseorang wanita yang menyayangi serta menghormati ibu ayahnya pasti mampu menghormati seorang lelaki yang bernama suami. Kalau kau tengok dia layan ibu ayah dia kurang ajar semacam aja, kau bolehlah fikir banyak kali untuk buat dia jadi isteri.

6. Bijak.
Seorang wanita yang bijak bukanlah harus mempunyai ijazah atau diploma daripada universiti. Wanita yang bijak dapat dilihat daripada cara mereka melihat dunia dan apa yang berlaku disekelilingnya. Seorang wanita yang bijak mampu melakukan sesuatu perubahan. Wanita yang bijak juga mampu melihat masa hadapan. Lelaki yang memiliki seorang wanita yang bijak sebagai isteri akan mampu mengatasi cabaran dan halangan kehidupan, seperti Puspawangi di dalam filem Musang Berjanggut.

7. Rajin.
Mempunyai seorang isteri yang pemalas adalah satu tragedi di dalam rumahtangga. Seorang lelaki yang mengemudi sebuah rumahtangga samalah seperti seorang nakhoda yg mengemudi sebuah bahtera. Cuba kau bayangkan apa yang akan berlaku kepada sebuah bahtera itu jika penolong kapten dan anak-anak kapalnya pemalas? Hancur bahtera itu dan tak mungkin ia akan sampai ke destinasinya. Begitulah juga rumahtangga. Nak kenal wanita tu rajin atau tidak mudah aja, kau perhatikan dia selalu bangun tidur pukul berapa. Kalau yang jenis bangun tidur pukul 12.30 tengah hari ni, kau lupakan aja.

8. Penyabar.
Perempuan sebenarnya adalah lebih penyabar daripada lelaki. Sebab itu Allah berikan kelebihan mengandungkan dan melahirkan anak itu kepada orang perempuan. Orang perempuan lebih sabar menahan kesakitan yang panjang. Orang perempuan lebih sabar menahan dugaan. Jadi, kalau kau nak rumahtangga kau sentiasa bahagia, kau kena pastikan kau memiliki seorang isteri yang lebih penyabar daripada kau kerana kau takkan mampu bersabar apabila hidup bersama dengan seorang perempuan yang bukan penyabar.

9. Kreatif dan inovatif.
Hidup ini bukan selamanya kita senang dan bukan selamanya kita susah. Seorang wanita yang kreatif dan inovatif akan mampu membantu kau menghadapi saat-saat kau berada di bawah mahupun di atas roda kehidupan. Wanita yang kreatif dan inovatif bukan sahaja akan menyokong setiap usaha yang kau buat, malah dia akan berkongsi memberikan idea untuk kau menjayakan sesuatu usaha kau itu.

Ingat kisah bagaimana Siti Khadijah menyokong dan memberi idea kepada Rasullullah SAW untuk menjalankan kerja-kerja dakwah baginda di peringkat awal.

10. Beragama.
Seorang wanita yang baik ialah seorang wanita yang beragama dan menghormati ajaran agamanya. Jika seseorang wanita islam kau boleh lihat pada bagaimana dia menjaga solatnya. Kalau yang bukan islam kau lihat kepada ketaatannya mematuhi kod-kod disiplin dan ajaran agamanya.

Tuntasnya, apa yang paling penting ialah niat kau.
Kalau niat kau betul-betul nak cari seorang isteri supaya kau dapat membentuk sebuah kehidupan dan sunah nabi, tak susah untuk kau jumpa wanita yang kau cari. Tapi jika niat kau cuma untuk bersuka-suka atau nak ‘test drive’, sampai bila pun kau takkan jumpa wanita yang baik, sebab kau sendiri pun bukan seorang lelaki yang baik.

Sekian.

Charlie Verona

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Keluar Wang Tanpa Kad ATM. Mudah Sahaja Rupanya

Anak Muda Melawan Kejatuhan Ekonomi