, ,

Memperkenalkan Bakal First Lady Paling Lawa Di Dunia

Melania Trump, adalah wanita pertama Amerika Syarikat yang baru. Juga, dikenali sebagai First Lady Of The United States (FLOTUS).

Bukan sahaja menjadi wanita pertama negara kuasa dunia tersebut, beliau juga menjadi yang pertama dalam pelbagai sudut.

1. Wanita pertama yang bukan kelahiran Amerika Syarikat dalam tempoh 191 tahun.

Isteri kepada Presiden John Quincy Adams iaitu Louisa Adams merupakan kelahiran England. President John Quincy Adams menjadi Presiden pada tahun 1825.

Selepas 191 tahun, Melania yang lahir di Slovenia pada tahun 1970 menjadi wanita pertama Amerika Syarikat.

2. Wanita pertama isteri ketiga.

Beberapa orang Presiden Amerika Syarikat sebelum ini pernah mempunyai isteri yang ramai. Seperti Reagan, Ford, Wilson dan juga Theodore Roosevelt.

Namun, belum pernah presiden lain sebelum Trump berkahwin, bercerai dua kali dan berkahwin lagi buat kali ketiga.

Power.

3. Wanita pertama bekas model fesyen.

Sebelum ini beliau dikenali sebagai Melania Knauss. Berjumpa dengan Donald Trump dalam sebuah pertunjukan fesyen.

Mereka berkahwin pada tahun 2005, mempunyai seorang anak bernama Barron Trump.

4. Wanita pertama yang bahasa pertamanya bukan bahasa Inggeris.

Melania Trump lahir di Slovenia. Tentu sekali bahasa pertama beliau adalah bahasa Slovenia.

Juga, beliau boleh bercakap empat bahasa yang lain iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Serbia dan juga Bahasa Jerman.

5. Wanita pertama yang pernah bergambar bogel.

Kesemua gambar beliau tanpa seurat benang sudah dikeluarkan daripada internet sebelum kempen presiden bermula lagi.

Ramai menyifatkan Melania Trump seolah-olah seperti Jackie Kennedy, isteri kepada Presiden John F. Kennedy.

Tidak mahu menjadi tumpuan mata dunia, buruan kamera. Tidak suka bercakap di khalayak ramai. Jackie lebih suka menjaga anak dan keluarga serta diri sendiri.

Tidak mencampuri urusan pentadbiran dan pengendalian polisi negara.

Mungkin Melania persis Jackie. Mungkin.

Itulah sedikit sebanyak tentang wanita pertama negara kuasa besar dunia yang baru.

Ahmad Afnan

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bagaimana Nestle Mencipta Hero Dalam Setiap Segmen Market

Bagaimana Seniman Melawan Kesempitan