, ,

Matilah iPhone 7 Dibunuh Pixel

Kini seluruh dunia memberikan tumpuan kepada Apple kerana kejayaan iPhone 7, namun Google mungkin bersedia untuk mencuri tumpuan berkenaan apabila bersedia untuk melancarkan model telefon pintar mereka sendiri dikenali sebagai Pixel.

Menurut Google, Pixel merupakan telefon pintar yang memiliki rating tertinggi untuk kamera, ketahanan bateri sepanjang hari di samping storan tanpa had untuk semua video dan foto. Apa yang lebih menarik, Pixel ialah telefon pintar pertama yang dilengkapi dengan Google Assistant.

Fungsi ini membolehkan anda berkomunikasi secara alami dengan telefon pintar ini, sekaligus mampu memastikan segala-galanya dapat dilakukan dengan lancar dan selesa.

Secara keseluruhannya Pixel dilengkapi dengan kamera 12.3 megapiksel, beserta dengan 1.55 mikron saiz piksel yang membolehkannya berfungsi dengan baik walaupun dalam keadaan cahaya malap. Kameranya juga tidak memiliki masalah dari segi shutter dan fungsi HDR yang sentiasa terpasang. Ini jelas memberikan kualiti terbaik untuk gambar yang diambil pada waktu siang atau malam.

Pemprosesan imej di dalam Pixel juga adalah dua kali lebih pantas kerana menggunakan Snapdragon 821 CPU dan 4GB RAM. Pixel juga mampu mengambil video berkualiti 4K pada kelajuan 30fps, video 1080p pada kelajuan 120fps dan video 720p pada kelajuan 240fps. Kestabilan yang ada pada Pixel ini juga membolehkan setiap rakaman dibuat dengan berfokus dan tepat walaupun berlaku pergerakan yang nyata. Pixel menggunakan sistem operasi Android 7.1 Nougat dan telefon ini akan menerima sebarang kemaskini perisian dan keselamatan secara terus daripada Google.

Disediakan dalam dua saiz berbeza 5 dan 5.5 inci, Pixel kini sedia untuk ditempah di pasaran Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanda, Jerman dan Australia dengan harga USD649. Pixel datang dengan pelbagai warna termasuk Very Silver, Quite Black dan Really Blue. Skrin telefon ini diperbuat daripada 2.5D Corning Gorilla Glass 4, manakala badannya dibentuk daripada aluminum bergred tinggi.

 

 

hypelah.my

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Ada Apa Dengan Palu Arit?

Mampus Koruptor!