in ,

Mati Tak Tunggu Kau Bersedia

Gambar : FB Muhsin Daud

Aku jarang menulis panjang, kecuali aku rasa ia berbaloi. Cerita sebenar telah diolah sedikit untuk tidak mendedahkan privasi dan detail orang yang terlibat.

Kejadian malam ni memang buat aku terkesan. Sepanjang hayat aku, ini la kali pertama aku diberi peluang tengok benda macam ni depan mata, live!

Mati ni tuan-tuan, kalau dah tertulis di mana dan bila, memang takkan terlambat atau tercepat walau sesaat.

Tadi aku pegi ke Setia Alam, jumpa kawan kejap nak berbincang sikit, bincang urusan duniawi. Aku pegi naik motor je. Aku ni jenis malas nak buang masa, tenaga dan petrol bersesak-sesak dengan orang yang baru balik kerja. Aku lebih selesa naik motor, walaupun orang hensem dan wangi macam aku ni sepatutnya naik kereta, tapi aku jenis tak kisah sangat, aku low profile.

Selepas hampir sejam bersembang dengan kawan aku tu tanpa ada makan-makan, maka aku kemudiannya pun balik. Elok aku masuk je highway sekitar situ, aku pun dah nak mula pecut la kan, highway kot, memang sinonim dengan kelajuan. Tiba-tiba aku terlupa aku belum buckle aku punya bag. Riding bag selalunya ada klip di dada dan di pinggang. Klip ni penting, kalau kau tak klip masa kau dah start speed 130kmh ke atas, benda tu akan mula nak melibas-libas peha dengan pinggang kau. Ya, sangatlah pedih.

Aku pun slow down nak klipkan tali beg tu, tapi tak berhenti sepenuhnya. Elok aku slow down ada motor lain potong aku, Honda Ex5. Lepas aku selesai, aku pecut la balik nak kejar Ex5 tu. Gila kau mana boleh bagi Ex5 potong, kena kejar. Baru aku nak masuk gear 5, lebih kurang 30 meter depan aku, aku nampak banyak percikan api. Kawasan tu gelap, jadi aku tak nampak jelas sangat dari jauh. Yang aku nampak dalam samar-samar tu, ada helmet terbang dan orang berguling 7 8 kali dengan motor. Dah dekat baru aku perasan, motor Ex5 tadi rupanya yang terbabas. Tuannya pula dah terbaring tengah jalan. Dia sorang je.

Aku cepat-cepat berenti nak tanya khabar. Aku rasa daripada mula dia jatuh dan tempoh aku berhenti motor dan berjalan kat dia tu, tak sampai 10 saat. Muka macam foreigner. Aku sampai je kat dia, aku tengok kepala dulu. Hidung telinga mulut semua dah keluar darah. Tangan dah berlipat sana sini, dada berlubang. Meremang jugak kejap bulu roma aku, tapi aku tetap cool. Kes trauma teruk-teruk dan polytrauma begini sebenarnya memang dah jadi makanan harian kami sebagai MA. Aku panggil, tak menyahut. Masa tu kereta lalu lalang punya la laju. Baru terfikir Basic Life Support, step pertama pun aku dah failed. Terus aku pegi balik kat motor, aku hidupkan motor, aku hadapkan lampu depan ke arah belakang, bagi kereta dari belakang tahu ada something yang berlaku kat situ.

Disebabkan aku ni memang jenis ride sana sini, beg aku boleh dikatakan agak lengkap la untuk first aid. Ada gamgee, bandage, glove, branula pun ada. Tapi lepas primary survey, aku tahu alat-alat ni semua langsung tak membantu. Aku pergi lagi sekali, aku pakai glove dan check carotid pulse. Cervical bone pun dah tak aligned, bersepah. Nak palpate pulse pun tak rasa. Dengan open chest lagi, obvious both humerus fracture. Masa tu dah ramai motorcyclist lain berhenti. Aku keluarkan pulse oxymeter, cuba check nadi dengan cara moden. Hasilnya, “unable to assess”.

Aku duduk kejap tepi besi penghadang jalan tu, aku jadi blank. Dengan sekelip mata je kita boleh mati kan? Baru kejap tadi kau potong aku, beberapa saat kemudian kau dah jadi satu jasad yang tak bernyawa. Mak ayah bela dari kecil, bangun tengah malam bancuh susu, asal demam sikit bawak pergi kecemasan, hantar pegi sekolah lagi sampai pandai, tapi dalam sekelip mata je kita boleh mati.

Bukan tak biasa tengok kematian, masa kerja dekat kecemasan hari-hari tengok orang mati. Tapi yang ni tak sama, mungkin kerana terlalu pantas dan aku orang pertama attend dia.

Alangkah mudah nyawa kita nak diambil, tanpa ditangguh dan tanpa amaran. Aduh, betapa fragile-nya kita ni. Aku pun call polis, tunggu polis datang, cerita serba sikit apa yang aku nampak, alih-alih polis mintak IC aku. Ah sudah, aku disyaki langgar dia ke? Rupa-rupanya prosedur biasa bila bagi statement. Panik la jugak.

Kejadian ni buat aku rasa nyawa aku sebagai rider sangatlah rapuh, buat aku rasa kena berhati-hati lebih. Fokus atas jalan sangat la penting, jangan berangan, kalau mengantuk terus berenti dan yang paling penting jangan main handphone! Ingatlah, ahli keluarga kita masih perlukan kita. Fikir muka anak bini di rumah, muka mak ayah kat kampung. Kita sangat diperlukan.

Aku faham benar perasaan orang yang kehilangan ahli keluarga di jalanraya. Awal tahun lepas, arwah ayah aku pergi pun macam ni, bawa motor seorang diri dan terbabas, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian. Sedihnya bukan kepalang. Dalam sekelip mata dia pergi.

Setelah puas mengelamun beberapa ketika, aku pun pergi. Perjalanan aku masih jauh ke Bangsar. Sepanjang perjalanan balik aku nyanyi lagu Rabbani, Pergi Tak Kembali. Meter tak lebih 100kmh pun aku bawak, teringat Maryam tengah tunggu aku kat rumah. Allahu!

Al-Fatihah

Muhsin Zaidi

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Lemang To’Ki Kembali Dibuka

Bajet PH VS Bajet BN: Mana Lebih Strategik?