, ,

Masa Berdoa Pun Nak Main-Main?

Dalam dua hari lepas, aku ada offer untuk siapa-siapa nak kirimkan doa untuk dibacakan di Masjid Quba’ dan kalau bernasib baik, di dalam Raudah. Keluarga, kawan-kawan, malah yang aku tak jumpa langsung pun aku kumpulkan.

Semalam, nasib kami agak baik. Boleh masuk ke Raudah buat kali ketiga dalam 4 hari ni. Lagi menarik, boleh solat Maghrib sekali. Waktu tu, Mutalib pun buka untuk pengiriman doa. Aku pula ulang semula kesemua doa yang orang ada kirimkan. Walaupun sudah baca, aku baca sekali lagi. Mana tahu, di dalam Raudah ni lebih makbul.

Namun, ada sesuatu yang betul-betul mengganggu aku. Dalam lambakan doa yang dikirim, ada banyak yang main lepas tulis saja. Tak serius, main-main, buat lawak, sukar nak faham, menulis macam budak-budak baru nak belajar pun ada.

Aku bagi contoh satu. “Bang doa saya kurus.” Bayangkan. Takkan aku nak baca doa macam tu? Yang akan kurus nanti aku lah. Bukan orang yang kirim tu.

Elok sangat kalau boleh tulis, “Semoga Ahmad bin Yusuf kurus.” Macam itu barulah betul. Terus aku boleh bacakan tanpa keraguan.

Susahlah kalau kau jangkakan orang yang nak bacakan doa tu akan balas setiap mesej kau, semata-mata nak baiki doa yang dah ditulis tu. Berlambak doa yang kena baca. Menangis kalau kena balas satu-satu.

Peluang orang buka untuk kirimkan doa bukan setiap masa ada kawan-kawan sekalian. Ia boleh datang dalam masa yang cepat dan habis dalam satu detik sahaja.

Nak-nak pula ke Raudah. Nak masuk tu bersepak terajang, bersekeh-sekeh kepala dengan Pak Arab tahu? Bukan benda senang-senang tiap masa boleh masuk ikut suka.

Aku pun ada banyak doa untuk diri aku sendiri. Macam-macam. Namun aku tetap ambil sikit masa untuk bacakan kiriman. Supaya dapatlah kita sama-sama seorang sikit merasa manfaat tu.

Kalaulah peluang macam itu pun, kau ambil dan buat main-main, acuh tak acuh, habis yang macam mana lagi kau nak? Benda tu mudah, percuma pula tu. Sekadar nak tuliskan doa dengan lengkap agar mudahlah orang yang nak baca. Itu pun tak mampu nak buat dengan elok.

Habis macam mana Tuhan nak makbulkan doa? Usaha yang perlukan sedikit kudrat pun tak mampu diselesaikan. Tak setimpal langsung dengan apa yang hajatkan.

Zulhilmi Daud

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mujur Madagascar Masih Aman

Melawan “Sexual Predator!”