, ,

Mari Kita Kenal Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat Ke-45

Donald John Trump yang baru saja diangkat oleh rakyat Amerika Syarikat sebagai Presiden ke 45 dalam sejarah mereka. Siapakah Donald J. Trump ni?

Beliau ni dilahirkan di Queens, New York. Isterinya bernama Melania Trump dan bapa kepada Donald Trump Jr, Ivanka, Eric, Tiffany dan Barron.

Trump dilahirkan dan dibesarkan di New York City. Masuk Akademi Tentera New York dari usia 13, dan menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi daripada Wharton School di Universiti Pennsylvania pada tahun 1968

Penglibatan Trump dalam perniagaan sebenarnya bermula pada 1971. Waktu tu ayah dia, Fred Trump beri kepercayaan penuh untuk dia uruskan segala hartanah dan firma pembinaan kepunyaannya. Lepas mengambil alih, Trump menukar nama kepada Trump Organization.

Trump telah menulis lebih daripada lima belas buku bestsellers, dan buku pertamanya, The Art of Deal, dianggap buku perniagaan klasik dan salah satu buku perniagaan yang paling berjaya sepanjang zaman.

Trump pernah terlibat dengan pertandingan ratu cantik Miss Universe, yang dia sendiri miliki dari 1996 hingga 2015. Beliau memohon pencalonan presiden Reform Party pada tahun 2000, tetapi menarik diri sebelum pengundian bermula.

Antara perkara yang membuatkan Trump paling dikenali terutama di Malaysia adalah masa beliau menjadi co-producer dan pengacara The Apprentice, siri televisyen realiti di NBC, dari tahun 2004 hingga 2015. Ingat ungkapan paling power, “You are fired!”? Pada 2016, beliau telah disenaraikan oleh Forbes sebagai orang ke 324 terkaya di dunia, dan ke 156 di Amerika Syarikat.

Pada Jun 2015, Trump mengumumkan pencalonannya untuk Presiden sebagai Republikan dan terus muncul sebagai pendahulu penamaan calon parti itu. Pada bulan Mei 2016, pesaing-pesaing beliau dari Republikan digantung kempen mereka, dan pada bulan Julai dia secara rasmi dicalonkan untuk Presiden di Konvensyen Kebangsaan 2016 Republikan.

Kempen Trump telah mendapat liputan media dan mendapat perhatian antarabangsa. Banyak kenyataan beliau dalam temu bual, di Twitter, dan di perhimpunan kempen telah menjadi kontroversi.

Make America Great Again!

Zulhilmi Daud

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *