in ,

Marathon Untuk Noob

Gambar : Abdul Mu'iz Sharifudin

Sebagai seorang newbie dalam dunia larian ni, mustahil betul kalau tak terasa nak dapatkan masa yang cantik dalam kategori yang disertai, apatah lagi nak capai semua kategori yang ada terutama sekali 42km ni.

Tapi, untuk masuk ke kategori 42km ni, ada beberapa petua yang boleh diamalkan untuk newbie runner macam aku ni.

Pertama, bersiap sedia dan bermula awal. Ini sangat2 penting jika seseorang tu merupakan first timer dalam 42km. Seeloknya, mula 16 minggu sebelum tarikh berlangsungnya acara. Ini membantu mengelakkan otot-otot kejang, masalah2 yang tak diingini dan yang paling penting untuk tahu kelajuan larian dan serta persediaan mental yang sesuai untuk diri masa 42km.

Kedua, pemakanan yang seimbang. Ya, selalunya runner ni akan panggil perkara ni sebagai “carbo loading” yang mana dua hari sebelum acara (bergantung pada badan seseorang), runner ni akan perbanyakkan makanan berasaskan karbohidrat seperti pasta, roti dan boleh juga nasi. Ada juga mengingatkan untuk menyeimbangkan dengan sayur-sayuran seperti brokoli (ok bab brokoli ni aku reka).

Ketiga, run on your on pace. Ok, daripada 16 minggu yang ada tu, boleh disusun untuk ikut kesesuaian latihan yang diperlukan samada nak buat speed, endurance atau apa-apa lah (bab ni aku tak reti langsung). Yang penting, bila hari acara sudah dekat, jangan over train sampai cedera dan keletihan. Sebab yang penting tenaga diperlukan masa hari acara supaya mampu tamatkan larian dengan bergaya.

Keempat, berada dalam kumpulan. Ok, ini tip ke 4 tak termasuklah kalau kita ni wakil Malaysia dalam Sukan Sea 2017. Masa SCKLM 2017, Muhaizar ni lari sorang-sorang je. Siap sampai sebelum kategori 10KM bermula. Berada dalam kumpulan ni bagus untuk tingkatkan produktiviti dan performance semasa larian, lagi pula ada runner yang berpengalaman, sedikit mudah untuk capai target latihan.

Kelima, minum air secukupnya. Minum air ni sepatutnya sebelum acara. Semasa acara tak perlu terlalu banyak minum air. Ini juga bergantung keperluan badan. Kalau tak cukup air pun bahaya untuk badan, ini nasihat dari Dr Rafidah, salah seorang runner 42km atau dipanggil Marathoner.

Itu je lah antara perkara penting yang aku rasa sedap untuk diamalkan. Kalau rasa bermanfaat, bolehlah dijadikan perkongsian buat rakan sebelah. Jika ada tersilap, jangan malu2 untuk buat teguran.

Jadi, apa pula event yang disertai lepas ni?

Abdul Mu’iz Sharifudin

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 100.000000%

Leave a Reply

Beza Sains Dan Wahyu Yang Perlu Kita Tahu

Guna Lagi Cotton Bud!