in ,

Makan Untuk Kenyang, Bukan Untuk Sedap

Gambar : FB Azizul Azli Ahmad

Makanlah hingga habis.

Waktu sekolah rendah, saat yang indah adalah bila arwah abah bawa makan diluar. Waktu itu makanan yang paling sedap dan lazat ialah sate. Saya sangat sukakan sate.

Tapi selalunya tak banyak yang kita dapat makan, sebab ada ramai adik dan kita tahu abah kita tidaklah senang mana. Kita faham dan buat-buat kenyang sahaja.

Hari ini bila dah jadi abah baru kita rasa, kenapa abah tak makan dulu waktu kita berebut nak makan. Mereka takut tak cukup apa yang mereka sediakan.

Saya kira, saya paling kuat makan waktu kecil sebab saya anak sulong. Badan juga boleh tahan besar waktu darjah enam. Sebab itu saya dilantik jadi ketua murid. Zaman dulu ketua murid dilantik bukan sebab bijak, tetapi dipilih siapa yang paling kacak! (nak riak jugalah). Siapa yang paling besar sebenarnya.

Bila adik-adik tak habis makan, biasanya saya yang akan habiskan. Maklumlah kuat makan waktu nak membesar. Waktu itu adik akan gelar saya lori sampah! Abah dan mak hanya perhatikan sahaja sikap anak jantan mereka.

Jika makanan tumpah mak akan pesan, “kutip nasi tu, nanti dia menangis sebab orang tak makan”. Maka saya akan kutip semua makanan yang tumpah agar mereka tak ‘menangis’ lagi.

Makanan adalah nikmat bagi zaman kanak-kanak. Bagi kami bukan isu sedap atau tidak tetapi yang penting lepas makan kami kenyang dan boleh main sampai jadi hitam, hingga waktu malam (sebab itu saya tak kpop sebab rajin main dalam hutan).

Saya masih terbawa sikap ‘buruk’ ini hingga sekarang. Jika makanan tak sedap saya masih usaha untuk habiskan, sebab kita pernah susah dan ‘sedap’ itu bukan pilihan bagi orang susah. Bagi orang susah, istilah yang betul adalah kenyang bukan sedap. Sebab itu bila ada yang bertanya pada saya, “kedai mana makanan sedap?” Saya tiada jawapan. Makanlah dimana asal kita kenyang bukan sedap.

Saya pernah minum kopi yang mahal sekali dua dalam hidup saya, sedap tetapi tak mengenyangkan. Maka saya akan makan ditempat yang boleh kenyang. Bila kita makan sedap, kita mudah ingat anak isteri makan tak apa yang kita makan ini.

Bila kita semakin dewasa, kita semakin faham kenapa abah dan mak paling lambat makan. Mereka nak anak-anak makan dan sisanya baru mereka makan. Bila saya jadi abah, saya nampak perkara sama yang berlaku pada anak kecil saya. Qilah semakin kuat makan sekarang. Lihat anak makan buat perut kita rasa kenyang.

Jika kita dipelawa makan, jagalah makanan kita. Ambil ikut kemampuan kita jangan ikut nafsu. Habiskan makanan kita, itu juga sunnah Nabi kita.

Bila kita pernah susah, falsafah kita adalah kenyang bukan makanan sedap sebenarnya.

Hargai kesihatan dan makanan kita sebagai tanda syukur pada yang Maha Esa.

Gambar : FB Azizul Azli Ahmad

Abah Qilah
Lelaki baik jaga makanan keluarga

#MakanSecaraSihat
#HabiskanMakananYangDiambil
#BelilahBerasmathiUntukKeluargaKita

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Suhu Bakal Cecah 40°? Jangan nak memandai-mandai

Empat Ikon Penerima Anugerah Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang