in ,

Macam Tak Percaya Tengok Rupa D’Mart Sekarang

Baru baru ni aku berborak dengan sorang kawan yang involve dengan Projek Felda 2.0.

Dia tunjukkan aku gambar.

“Ni kau tengok D’Mart 2.0”

Lama aku tatap gambar yang dia tunjuk di muka henset.

Gambar: Felda Trading

Macam tak percaya, D’Mart yang aku pernah tengok masa masuk ke Felda Trolak cari kedai bundle beberapa tahun lepas tak mungkin berubah rupa sampai macam ni. Ya aku tahu D’Mart di mana mana cawangan Felda pun set up lebih kurang sama macam yang aku melawat di Felda Trolak tu.

Ini dah macam dulu kau pakai kereta Nissan Sunny 130Y sekarang upgred terus ke Nissan Skyline GTR35. Fuhhh real!

D’Mart pilot projek GTR35 dalam gambar ni sekarang dah ready di Felda Lurah Bilut. Tak lama lagi, perlahan lahan Felda Felda lain juga akan ikut jejak langkah sebagai tindakan permodenan dalam memaju dan menaiktaraf entity D’Mart supaya setanding dengan Mart lain di bandar bandar besar seluruh Malaysia.

D’Mart (bawah penyeliaan Felda Trading) ni dulu asalnya orang kenal sebagai Bahagian Kedai Kedai Felda. Kalau ikut sejarah, 3 kedai paling awal yang Bahagian Kedai Kedai Felda tubuhkan di Sg Buaya, Gedangsa dan Sg Kelah. Ini cerita 60 tahun dulu, 1968. Di sini lah titik tolak bermulanya bidang peruncitan di setiap tanah rancangan Felda seperti yang kita ketahui wujud pada hari ini.

Pada tahun 1972 sahaja, Bahagian Kedai Kedai Felda telah memiliki kedai peruncitan di 72 tanah rancangan Felda seluruh negara!

Zaman tu otai-otai masyarakat Felda tak panggil D’Mart lagi. Orang Felda panggil ‘Kantin’, dan ada pula di sesetengah tempat panggil ‘Kedai Syarikat’.

Gambar: Felda Trading

Bila Felda tengok berapa laju dan pesatnya expansion ‘Kantin’ di setiap tanah rancangan, Felda membuat keputusan untuk mendaftarkan Bahagian Kedai Kedai Felda menjadi sebuah entiti perniagaan sepenuhnya yang kita kenali sebagai Perbadanan Kedai Felda.

Bermula dengan 3 kedai runcit sahaja, idea dan inisiatif Felda di bawah Perbadanan Kedai Felda semakin aggressive dan power. Perniagaan mereka berevolusi dengan mendirikan kilang kilang pemprosesan getah dan kelapa sawit. Mereka juga terlibat secara aktif dalam perniagaan supply, insurance, perusahaan makanan, percetakan dan turut berjaya mengendalikan stesen minyak di beberapa tanah rancangan Felda.

Pada tahun 1978, nama Perbadanan Kedai Felda ditukar pula kepada Perbadanan Niaga Felda. Pada masa inilah munculnya “Niagara”. Paling hipster lah masa tu, siap ada “Peraduan Niagara” untuk orang orang Felda masuk bertanding.

Gambar: Felda Trading

Pertengahan era 90 an, menyaksikan satu lagi pertukaran di mana Perbadanan Niaga Felda mendapat nama baru Felda Trading SDN BHD seperti yang kita semua ketahui pada hari ini. Niagaria yang hipster dulu tu pun kena tukar nama, tidak lain tidak bukan – D’Mart.

1960’an – Kedai
1970’an – Kantin/Kedai Syarikat
1980’an – Niagaria
1990’an – D’Mart

Clear tak flow tu?

Ok dan sekarang, gambar D’Mart Bilut yang kita tengok ni dah out of league.

Kalau kau pergi merayau di internet tengok arkib gambar kedai kedai runcit Felda ni tak banyak berbeza sejak 60 tahun lepas.

Apa yang Felda buat untuk D’Mart dalam projek 2.0 ni sememangnya eye catcher. Setelah 60 tahun, Felda sangat memerlukan sokongan anak cucu mereka, dan Felda tahu untuk mendapatkan itu, perubahan totaliti mesti dilakukan.

Generasi kedua dan ketiga Felda hari ni berjumlah hampir 1 juta.

Jadi bayangkan lah kalau separuh dari jumlah ini pulang semula ke Felda masing masing bergabung menyumbang tenaga, kepakaran, dan membangunkan lagi kawasan masing masing, fuhhh bukan setakat D’Mart hispter saja, silap-silap Starbucks dan McDonald pun nak buka franchise dalam Felda.

Dengan sebab itu lah Felda 2.0 digembleng, sebagai wawasan menarik semula minat masyarakat kepada pembangunan dan kemajuan tanah tanah Felda yang telah terlalu banyak berjasa.

“Kalau macam ni punya D’Mart, orang Felda tak ke bandar dah cari barang. Silap-silap orang bandar masuk Felda nak merasa lepak D’Mart hispter ni” – Aku bagi respon.

“Ya, duit orang Felda akan mengalir semula kepada Felda” – Ringkas kawan aku balas.

Anak anak Felda sekalian;

Heads up!
Rise and shine!
Take pride!

💪💪💪

#Felda2Point0

Fdaus Ahmad

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Model Penanaman Kolektif Terbaik Dunia

Adakah Peneroka Akan Rugi Dengan Membeli Saham FGV?