in ,

Lokasi Acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Gambar : http://www.stadiumastro.com

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Sukan SEA yang ke 29 bermula dari 19hb Ogos sehingga 30hb Ogos 2017. Ia merupakan satu kejohanan sukan dwitahunan yang dinantikan oleh seluruh penduduk negara-negara Asia Tenggara.

Malaysia telah diberikan kepercayaan untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA sebelum ini sebanyak 5 kali pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989 dan kali terakhir pada 2001, di mana kita telah menjadi juara keseluruhan dengan pencapaian 111 pingat emas. Kali ini, Kuala Lumpur 2017 merupakan kali keenam, Malaysia dipertanggungjawabkan sebagai penganjur kepada acara kejohanan yang hebat ini.

Mari kita saksikan dan ketahui lokasi-lokasi yang telah dipilih sebagai gelanggang bagi setiap acara yang akan berlangsung di sepanjang kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

1. KUALA LUMPUR
i. Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
• Hall 1 – Karate / Taekwondo
• Hall 2 – Silat
• Hall 4 – Billiard & Snooker
• Hall 5 – Judo / Wushu

ii. MiTEC, Jalan Duta
• Hall 3 – Angkat berat
• Hall 4 – Hockey Indoor
• Hall 6 – Lawan pedang
• Hall 7 – Ping pong
• Hall 8 – Muay
• Hall 9 – Gymnastic artistic & rhythmic
• Hall 10 – Gymnastic artistic & rhythmic

iii. Kuala Lumpur Sport City, Bukit Jalil
• Stadium Nasional – Majlis Pembukaan / Majlis Penutupan / Olahraga


• Axiata Arena – Badminton


• Stadium Hoki Nasional – Hoki


• Padang Turf Sintetik MSN- Memanah
• Pusat Akuatik Nasional – Terjun / Renang / Renang berirama / Polo air

iv. Stadium MABA, Jalan Hang Jebat
• Bola tampar

v. Pusat Lawn Bowl Nasional, Bukit Kiara
• Lawn bowl

vi. Stadium Juara, Bukit Kiara
• Bola jaring

vii. Arena Petanque, Taman Maluri
• Petanque

viii. Pusat Squash Nasional, Jalan Duta / The Raintree Club of KL, Jalan Ampang Hilir
• Squash

ix. Stadium Titiwangsa
• Sepak takraw

x. Stadium Arena Universiti Malaya / Stadium Nasional Bukit Jalil
• Bola sepak

xi. Royal Selangor Polo Club, Jalan Ampang Hilir
• Polo

2. PUTRAJAYA
i. Kompleks Sukan Air, Presint 6
• Open water / Water ski / Wakeboard

ii. Pusat Ekuestrian Putrajaya
• Polo

iii. Dataran Kehakiman, Presint 3
• Marathon

iv. Jalan sekitar Putrajaya / Nilai
• Lumba basikal lebuhraya

3. NILAI, NEGERI SEMBILAN
i. Velodrom Nasional
• Berbasikal trek

ii. Arena BMX Nasional
• Berbasikal BMX

4. SELANGOR
i. Oval Kinrara, Puchong
• Kriket

ii. Sunway Pyramid, Petaling Jaya
• Bowling

iii. The Mines Resort & Golf Club
• Golf

iv. Stadium MBPJ, Petaling Jaya
• Ragbi

v. Pusat Lapang Sasar Menembak Kebangsaan, Subang
• Menembak

vi. Empire City, Damansara Perdana
• Hoki ais
• Luncur ais (Figure skating / Short track speed skating)

vii. Stadium Shah Alam / Stadium Selayang / Stadium UiTM
• Bola sepak

viii. Kompleks Sukan Nasional Panasonic, Shah Alam
• Futsal

ix. 3Q Equestrian Centre, Rawang
• Equestrian (Dressage / Show jumping)

5. PULAU LANGKAWI, KEDAH
i. Pusat Pelayaran Kebangsaan
• Kapal layar

6. TERENGGANU
i. International Endurance Park
• Equestrian (Endurance)

Marilah kita beramai-ramai memenuhkan lokasi tersebut dan berikan sokongan padu kepada skuad negara kita. Acara ini hanya 2 tahun sekali dan kini kita menjadi tuan rumah. Jangan lepaskan peluang ini. Supaya sasaran kita untuk menjadi juara keseluruhan sekali lagi tercapai.

Majulah sukan untuk negara.

Shairy Hanapiah
Suka tengok skuad hoki negara

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Siapa Kata Tak Boleh Mula Bisnes Dari Meminjam Modal?

Bertuhan Di Jalanan