in

Logo Taboo Di Jerman

Pesta Buku Frankfurt atau Frankfurter Buchmesse dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober 2016. Sehubungan itu, bagi mengelakkan hal-hal luar dugaan seperti yang terjadi semasa Pesta Buku Antarabangsa Jakarta tempohari, Apemazing akan menerangkan serba sedikit mengenai logo atau simbol yang dilarang di negara Jerman.

Di Jerman terdapat Seksyen 86A Strafgesetzbuch (Kanun Jenayah) yang diperuntukkan terhadap penggunaan simbol-simbol yang disifatkan tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan negara berkenaan. Simbol-simbol ini kebanyakannya adalah berkaitan dengan Nazi dan peraturan ini juga adalah dibentuk dalam kerangka menghapuskan pengaruh nazi di Jerman selepas keruntuhan The Third Reich.

Undang-undang ini melarang penggunaan logo ini khususnya pada bendera, pakaian seragam, slogan dan apa-apa bentuk yang difikirkan berkaitan.

Di antara simbol, logo, ucapan atau slogan yang termasuk di dalam larangan melalui undang-undang ini ialah:

  1. Swastika – Parti Nazi

  2. Celtic Crosssimbol kepada VSBD/PdA (Organisasi Neo-Nazi Jerman) dan organisasi yang menggerakan ideologi White Power
  3. Solar CrossSimbol kepada Ku Klux Klan, Deutsche Glaubensbewegung dan 11th Waffen SS

  4. Sig Rune – Schutzstaffel (SS)

  5. Logo Sturmabteilung

  6. Othala Runesimbol kepada Hitler-Jugend/Wiking-Jugend

  7. ReichskriegsflaggeBendera ketika era 1867-1945

  8. Ucapan Heil Hitler dan Sieg Heil
  9. Slogan Meine Ehre heißt Treue

  10. Logo Totenkopf

  11. Lagu Rasmi Parti Nazi  Horst-Wessel-Lied

 

capturelogo

 

Sumber: Wikipedia.org

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Bukan Apam Balik Anak Dara

Takkan Jatuh Miskin Kau Dengan Memberi