in ,

Lemang To’Ki Kembali Dibuka

Kami baru sahaja singgah makan woih. Syukur dah kembali buka. Itu hari viral yang Lemang To’ki Bentong (Chamang) diarah tutup kerana ada masalah dengan Kementerian Kesihatan.

Kami terus pergi jumpa dengan pemiliknya, Abang Mazlan yang berasal dari Felda Lurah Bilut. Dan beliau akui ada beberapa perkara yang terlepas pandang seperti ada pekerja dapur yang tidak memakai apron serta sebuah peti ais yang baru dicuci tidak dibuka (on) semula.

Jika kau nak tahu dalam premis restoran, markah bagi peti ais sangat tinggi. Jadi jika terlupa nak on, kau punya markah akan dipotong banyak ya amat.

Ada juga yang mengatakan sebekas pinggan mangkuk tidak dicuci menyebabkan mereka diarah tutup. Abang Mazlan akui kerana waktu tersebut adalah waktu pertukaran shift, jadi ada kelewatan semasa nak cuci.

Hari ini, Lemang To’ki sudah dibuka semula.

Dan bagi peminat lemang original lemak penuh santan siap rendang daging dan ayam bakar yang sedap ya ampun, jemput datang ya! Hanya tak sampai 50km dari Kuala Lumpur. Masuk bandar Bentong, jalan sikit lagi ke Raub, pandang belah kiri.

Lokasi: Jalan besar Bentong-Raub, batu 2, Jalan Tras, Bentong.

Ada belaka makan tengah hari sampai malam siap ada ikan bakar okeh.

Buka jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Mari viralkan semula yang kedai Lemang kesukaan negara ini dibuka semula!

Jom tengok gambar.

Khairul Hakimin Muhammad

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Empat Ikon Penerima Anugerah Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

Mati Tak Tunggu Kau Bersedia