in ,

Lelaki Ini Nak Bagi RM10000 Kepada Orang Gemuk

Masa aku sibuk membelek akaun FB, terjumpa pula gambar-gambar lama aku masih lagi slim dan steady. Dan dibandingkan kembali dengan fizikal aku sekarang, memang jauh bezanya. Macam orang mengandung tak beranak-ranak pun ada. Sedih.

Jika diingat kembali, nafsu makan aku ketika muda lebih dahsyat berbanding sekarang. Aku boleh selamba makan sampai 3-4 pinggan nasi macam itu aja. Apabila makan diluar, aku akan order menu tambahan. Setakat 2 biji burger di Mcdonald tu memang dah biasa sangat. Dah macam ada bela saka wei. Kahkah.

Tetapi disebabkan aku aktif bersukan ketika itu, berat badan maintain di dalam lingkungan 60 – 63kg sahaja. Segalanya amat berbeza sekarang. Setelah umur hampir 35 tahun, berat badanku pun makin bertambah. Kini ianya mencecah lingkungan 96 – 99kg. Hampir 3 angka! Naik sehingga 39kg! Peningkatan yang menakutkan.

Sekampit beras basmathi aku biasa beli 10kg. Kau bayangkanlah sekarang ni aku dah 39kg lebih. Kiranya sekarang ni aku ke hulur ke hilir bawa 4 kampit beras. Beratnya!

Patutlah aku cepat letih rasa macam nak mati. Main bola pun dah tak fit macam dulu. Berjalan sikit pun dah mengah. Habis sengal-sengal kepala lutut dan kaki aku. Rasa macam nak tercabut kadang-kadang tu.

Bukannya aku tak pernah memasang hasrat untuk menurunkan berat badan ni. Banyak kali dah. Isteriku juga sering mendorong aku. Malangnya semangat itu hanya hangat seketika. Macam tahi ayam.

Plan nak pergi gym, fail. Sedangkan gym dekat area pejabat je pun. Beli kasut untuk pergi gym sentiasa ada kat belakang kereta. Sampai ke sudah kasut tu aku tak pakai-pakai.

Mut ajak beli basikal. Tak beli-beli juga. Mujurlah dia pun aku tengok body macam aku juga. Tak kayuh-kayuh pun basikal tu.

Pejabat aku sebelah Tasik Cempaka je, tempat orang Bangi selalu joging. Tapi tak pernah pun aku turun joging kat situ. Lalu-lalu je.

Nak main futsal pula. Awal-awal je kawan-kawan aku ni semangat. Konon nak main seminggu sekali. Siap buat jersi bagai. Sekarang dah jadi 6 bulan sekali pun susah nak main. Aduhai.

Bukan itu sahaja. Nak pilih beli baju seluar pun aku pening sekarang ni. Kebanyakkannya jenis fesyen slim fit, slim cutting. Kalau aku pakai dah rupa balut nangka. Sesak!

Tak best sebenarnya jadi gemuk ni walaupun aku cuba menafikannya. Sebelum ini hasrat nak kurus tu terbantut kerana aku rasa tak akan kerugian apa pun. Gemuk-gemuk pun, bini tetap sayang. Nothing to lose or to win! Itu yang tak heran.

Jadi kini aku dah fikir masak-masak. Apa nak jadi pun, jadilah. Biar benda ini ada menang, ada kalah. Biar tercabar jiwa pendekar aku ni.

Untuk kali ini, aku nak cabar supaya mana-mana anak jantan dan makwe-makwe di luar sana, beat aku untuk KURUS! Kita lawan siapa boleh lagi kurus. Aku namakan Cabaran ini sebagai #BeatShairy.

Nak bagi lagi sedap dan menarik, nak up lagi korang punya semangat, sesiapa yang berjaya turunkan berat badan lebih daripada aku, dalam cabaran ini, aku bagi wang tunai berjumlah RM10,000.00 (Dibaca Sepuluh Ribu Ringgit Malaysia)! Wang tunai tau, bukan kupon barang, bukan hamper, bukan produk. Banyak tau!

Hah, Bila macam ini, barulah ada fight kan? Ingat aku senang-senang nak bagi korang menang RM10,000 tu? Ini ‘Shairy’ lah weih. Pantang mundur kecuali bini panggil.

Cara nak join mudah sahaja. Siapa yang nak sahut cabaran #BeatShairy dan Menang RM10,000 kau boleh komen “Aku cabar kau!” Nanti aku akan followup. Kerja kau komen sahaja.

Lagi satu, jangan lupa share hal cabaran ni kepada kawan-kawan dan sedara-mara yang mana kau tengok ada potensi boleh #BeatShairy. Manalah tahu, kalau dorang menang, kau bolehlah tumpang senang.

#BeatShairy! Ada beran?

Shairy Hanapiah
Cabaran Kurus 10K

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Tips Kurus Tanpa Stress!

4 Hari Beliau Konsisten Mengejek Anak Sendiri, Dan Inilah Yang Berlaku