in ,

Lebih Hero Dari Hero Abang Bomba I Love You

Hari ini kita dikejutkan dengan berita Hospital Sultanah Aminah terbakar. Sehingga tulisan ini di tulis, enam orang telah terkorban menurut portal berita Malaysiakini.

Dalam pada itu, anggota bomba yang terlibat dalam tragedi ini mendapat penghargaan dari pengguna media sosial.

Bila aku baca pujian dan penghargaan kepada anggota bomba, teringat pula pada sebuah filem yang mempunyai kesamaan dalam tragedi hari ni.

The Tower, sebuah filem dari negara korea yang bertemakan tragedi kebakaran. Pertama kali ditayangkan pada tahun 2012 dan berjaya mencatat kutipan “box office”. Dilaporkan telah mengutip sebanyak USD 36 juta diseluruh dunia.

Filem hebat ini diarah oleh Ji Hoon Kim. Dan watak utama dibintangi oleh Kim Sang Kyung, Son Ye Jin dan Sol Kyung Gu.

Filem ini mengisahkan sebuah hotel mewah Sky Tower terbakar semasa sambutan malam Krismas. Dan seperti biasa, kesilapan tersebut berlaku berpunca daripada “human error”.

Semasa dalam usaha menyelamatkan mangsa, seorang kapten bomba Kang Yong Ki lakonan Sol Kyung Gu telah mengorbankan nyawanya untuk memastikan orang yang ingin diselamatkanya benar-benar selamat.

Babak semasa kapten Yong Ki mengunci pintu bilik laluan masuk ke tangki simpanan air yang perlu diletupkan benar-benar memberi kesan.
Menitik air mata woi.

Siapa boleh lupa, babak melodrama dalam filem Train To Busan yang memaparkan Sang Hwa yang bekorban menahan pintu keretapi untuk menyelamatkan isterinya dari zombie?

Babak tersebut seakan-akan ulangan dari The Tower cuma situasi dan keadaannya berbeza.

Akhirnya, tindakan Kapten Yong Ki berbaloi apabila sekumpulan orang yang terperangkap berjaya diselamatkan.

Oleh itu, dalam setiap tragedi pasti ada individu yang berusaha sehabis baik untuk menyelamatkan nyawa orang yang tidak mereka kenali. Sehinggakan nyawa mereka sendiri berisiko untuk tergadai.

Dalam tragedi Hospital Sultanah Aminah, wajar kita berikan pujian dan penghargaan kepada semua anggota bomba yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa.

Terima kasih abang bomba.

 

Fuad Ahmad

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Makan Zaitun, Ikut Sunnah, Tak Sakit?

5 Jenis Kasut Bagi Lelaki Budiman Seperti Kau