Lasagna Makanan Kesukaan Nabi?

Dari pagi sampai ke petang, ada je orang share pasal LASAGNA MAKANAN KESUKAAN NABI ni lalu kat timeline ana.

Allahu allah, terpempan ana. Dah kenapa orang kita kena meniaga sampai tahap ini sekali?

Ana cari FB tuan punya post. Ana buka timeline dia, baca status-status yang lain, baca komen-komen kat wall dia.

Begini entum-orang,

Tuan punya post ada tulis di hujung status LASAGNA MAKANAN KESUKAAN NABI tu yang Nabi saw sukakan sejenis makanan namanya thareed – makanan yang diperbuat daripada roti.

Masalahnya, tadi ana check makna sebenar tharid (ثريد) ni, maksudnya ialah bubur. Dan bila ana Google gambar tharid ni, dia keluar gambar makanan Arab, ada daging besar-besar di atas permukaan – semacam roti pita. Jadi, bahagian mana pula yang sama macam lasagna?

Satu lagi. Lasagna diperbuat daripada apa? Kalau nak dikata lapisan putih Lasagna tu daripada roti, ana tengok orang ramai buat guna parmesan cheese dan mozarella cheese saja. Celah mana ada roti dalam lasagna ni?

Hal yang seterusnya, ana nampak tuan punya post ceritakan tentang makanan kegemaran Nabi ialah thareed tu. Ana siap cari dan periksa betul ke ada hadith tu dan apa tarafnya?

Hadith tentang tharid memang ada. Dalam Sunan Ad Darimi. Dalam bab kelebihan Tharid. Hadithnya sohih. Ana periksa di Maktabah Syamilah je tadi. Pantas dan efisyen.

Cuma tidaklah boleh kita sandarkan Lasagna ni kepada Tharid. Jauh sangat bezanya. Kita tak boleh senang-senang sandarkan apa yang kita ada di zaman ini dengan apa yang Rasullullah kata dulu.

Misalnya salah satu makanan kegemaran Nabi ialah air yang manis dan dingin, dah tu takkanlah kita nak cakap air Coke, air FnN atau air Epal Asamboi kat pasar malam tu pun air kegemaran Nabi?

Berhentilah menyandarkan hal-hal begini kepada Nabi saw. Jangan senang-senang pengaruhi orang dengan kaedah begini.

Kita tak perlu bercerita tentang larangan Nabi terhadap orang yang berdusta atas nama Baginda. Buruk akibatnya di dunia mahupun di akhirat.

Nak berniaga makanan, berniagalah. Tapi tak perlu melariskannya melalui pendustaan atas nama Nabi.

إِنَّ كَذِبًا عَلَىَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ ، مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

“Sesungguhnya berdusta atas namaku tidaklah sama dengan berdusta pada selainku. Barangsiapa yang berdusta atas namaku secara sengaja, maka hendaklah dia menempati tempat duduknya di neraka.” (HR. Bukhari no. 1291 dan Muslim no. 4).

Yang dah lama tak ber-ana-ente,
Aina Wafi Ab Kadir

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply