, ,

Kumpulan Rock Yang Patut Kau Kenal Sebelum Menonton Filem Rock Bro

Filem Rock Bro arahan Mamat Khalid sudah mencapai kutipan sehingga RM1.5 juta sejak ditayangkan pada 27 Oktober 2016.

Filem ini merupakan episod ketiga sebuah kumpulan rock yang hampir terkenal, Rimba Bara. Filem ini menampikan sebuah nostalgia yang cukup mahal kepada jiwa mereka yang pernah bergelumang di dalam zaman lewat 80an dan sepanjang 90an.

Sebagai membangkitkan kembali nostalgia berkenaan ayuh kita kenali lima kumpulan rock yang bisanya cukup berpengaruh kepada muzik Malaysia!

 

14721565_10205703911677166_7868181478457324573_n

SEARCH

Kumpulan ini diasaskan pada tahun 1981 di Johor Bahru oleh Zainal (vokal), Hiilary Ang (gitar), Nasir (bass) dan Yazid (dram). Namun tidak sempat pun merakamkan album pertama, Zainal mengumumkan keluar dari kumpulan Search dan tempatnya digantikan oleh Amy. Pada 1985, Search keluar dengan album pertama berjudul Cinta Buatan Malaysia. M.Nasir dan Bob Lokman merupakan di antara individu penting yang menaikkan nama kumpulan ini dan M.Nasir sering terlibat sebagai penerbit kepada album-album Search, manakala Bob Lokman banyak terlibat dalam penulisan lirik untuk mereka termasuk lagu berhantu, Isabella.

Search telah menghasilkan 15 album studio sejak dari tahun 1985 hingga 2006. Album berjudul Fenomena yang diterbitkan pada tahun 1989 dan memuatkan lagu-lagu hebat termasuk Isabella, Pawana dan Derap Komando berjaya mencatat jualan 220 ribu unit di Malaysia dan 600 ribu unit di Indonesia.

Search juga berdepan kemelut dan sering bertukar anggota dan kini Search dianggotai oleh Amy, Kid, Din, Nasir dan Yazid.

Album Studio Search

Cinta Buatan Malaysia (1985)
Langit Dan Bumi (1986)
Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)
Fenomena (1989)
Karisma (1990)
Rampage (1992)
Double Trouble (1993)
Terbaik (1994)
Gema Di Timur Jauh (1995)
Rock N’ Roll Pie (1996)
Double Trouble 2 (1998)
Bikin Wilayah (1998)
Selepas Banjir (1999)
Fenomena 2003 (2003)
Gothik Malam Edan (2006)

 

14601110_10205703912237180_6418313876471382664_n

WINGS

Wings ditubuhkan pada tahun 1985 dengan anggota asal ialah Awie, Sham, Zul dan Jojet. Dua tahun kemudian (1987) Wings mendapat peluang untuk mengeluarkan album pertama mereka yang diberi judul Belenggu Irama. Semasa proses penerbitan album ini, Wings telah mempunyai anggota baru apabila Eddie menggantikan Zul sebagai pemain bass manakala Black menggantikan Jojet yang berhijrah ke kumpulan Gersang sebagai pemain dram. Album pertama ini yang mendapat sentuhan hebat M.Nasir, J.S Kevin dan juga Bob Lokman berjaya melonjakkan nama Wings menerusi lagu-lagu menangkap jiwa seperti Intanku Kesepian, Belenggu Irama dan Peronda Jaket Biru. Album pertama mereka berjaya dijual kira-kira 180 ribu unit di Malaysia.

Kejayaan terus ditempat Wings apabila album kedua mereka Hukum Karma yang diterbitkan pada tahun 1988 berjaya mencatat jualan melebihi 200 ribu unit. Album ini memuatkan lagu yang menjadi siulan sehingga sekarang termasuk Opera Hidup, Misteri Mimpi Syakila, Hukum Karma dan Taman Rasyidah Utama. Wings tidak menoleh ke belakang lagi apabila dua album selepas itu, Teori Domino (1990) dan Jerangkung Dalam Almari (1991) turut mencatat jualan melebihi 200 ribu unit.
Pada tahun 1988, Joe menganggotai Wings menggantikan Sham dan kehadiran Joe memberikan Wings lebih banyak ilham menghasilkan lagu dan memberikan persembahan lebih bermakna.

Album Studio Wings

Belenggu Irama (1987)
Hukum Karma (1988)
Teori Domino (1990)
Jerangkung Dalam Almari (1991)
Bazooka Penaka (1993)
Orang Asing (1995)
Biru Mata Hitamku (1996)
Mencari Asal Usul (1998)
Mr. Barbarik (2000)
Naga Kramat (2002)
Menakluk Kosmos (2014)

 

left

LEFTHANDED

Kumpulan ini ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1979. Pada awal kemunculan mereka Rahim Maarof dan Roy yang terkenal dengan lagu-lagu patriotik pernah menjadi vokalis untuk kumpulan ini sehingga kemunculan Nash. Lefthanded merakamkan album pertama berjudul Keadilan pada tahun 1986 dengan Nash sebagai vokalis.

Pada zaman kemuncaknya Lefthanded terkenal dengan barisan utama iaitu Nash, Man Kidal, Samad, Yan dan Man Dayak. Lefthanded sering bertukar-tukar vokalis apabila Nash meninggalkan kumpulan berkenaan. Ramli Sarip yang merupakan di antara individu penting di sebalik penubuhan Lefthanded juga pernah muncul sebagai vokalis kumpulan ini di dalam album Fanatisme. Arab atau Syed Azlan Bin Syed Abu Bakar pula pernah menjadi vokalis Lefthanded di dalam album Nafas (kompilasi live).

Lefthanded kehilangan dua anggotanya yang meninggal dunia iaitu Samad pada 2008 akibat sesak nafas dan Man Dayak pada 2016 akibat serangan jantung.

Apabila menyebut Lefthanded kita sudah tentu teringkatkan lagu-lagu seperti Debunga Wangi, Tiada Lagi Kidungmu, Kenangan Bersamamu dan Ku Di Halaman Rindu.

Album Studio Lefthanded

Keadilan (1986)
Seruan (1987)
Qabul (1988)
Evolusi (1989)
Fanatisme (1991)
Dimensi Baru (1998)
Syurga & Neraka (1999)

 

klasik-two

MAY

Kumpulan May ditubuhkan pada tahun 1986 oleh empat orang anak muda dari Ipoh Perak iaitu Mus, Man, Abu dan Yus. Apa yang menarik May hanya berubah keanggotaan di posisi vokal sahaja sebanyak dua kali apabila Mus keluar seketika. Mereka yang menggantikan posisi vokal sepanjang ketiadaan Mus ialah Yantzen (1992-1996) dan Oney (1997-2002).

Nama May itu bukanlah berasal dari bulan Mei, tetapi adalah gabungan nama huruf awal kepada nama-nama anggota asal kumpulan berkenaan. Album kedua kumpulan ini berjudul Hakikat yang menyenaraikan lagu-lagu hebat seperti Sendiri dan Cintamu Mekar Dihati berjaya terjual melebihi 200 ribu unit.

Album Studio May

Dilema (1988)
Hakikat (1989)
Rahsia (1990)
Strategi (1991)
Ziet Geist (1992)
Wira Cyborg (1994)
Layar (1995)
Ideologi (1995)
Penaklukan (1997)
Keras (1997)
Sinar (2003)
Otai Jamm! (2004)
Otai Jamm 2 (2006)
Rock Klasik (2008)
25th Anniversary (2011)

 

14632913_10205703983118952_832921394814076606_n

SWEET CHARITY

Kumpulan ini berasal dari Singapura, tetapi mempunyai pengikut setia dan sangat memberikan kesan besar terhadap perjalan Rock Malaysia. Sweet Charity ditubuhkan pada tahun 1967 dengan anggota asal mereka ialah Ramli Sarip, Joe Salim, Wahid Warren dan Rahman Sarbani. Sweet Charity melihatkan kekerapan pertukaran anggota dan pada lewat 1970an, gitaris legenda Sweet Charity, Rosli Mohailim masuk dan menjadi di antara tunjang terpenting perjalanan seni Sweet Charity.

Sweet Charity hanya bermula di tapak pesta, tetapi kemudian mereka bergerak dengan langkah gagah membawakan lagu-lagu yang terus mekar seperti Teratai, Kamelia, Sejuta Wajah, Zakiah, Dunia Perlumbaan, Batu, Orang Asing dan banyak lagi.

Album Studio Sweet Charity

Sweet Charity (1979)
Pelarian : (1980)
Sejuta Wajah (1981)
Penunggu (1982)
Batu (1983)
Koleksi (1984)
Berita Gempa (1985)
Sweet Charity ’88 (1988)

 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *