in ,

Kuasa Super Power ‘Asymmetric Federalism’ Almarhum Adenan Satem Memenangi Hati Rakyat Sarawak

Hari ini saya akan dedahkan tentang satu jargon lama tetapi ramainya yang baru dengar iaitu jargon ‘Asymmetric Federalism’ . Cukuplah satu jargon ini yang akan membuatkan akal saya lenguh untuk buat kajian. Kalian tak payah pening-pening , baca saja apa yang mahu kukhabarkan ini. Pembaca dari lulusan Sains Politik , sila PM kat tepi , kalau saya buat silap.

Disamping ucapan takziah silih berganti buat almarhum YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem yang meninggalkan kita semalam.

Mohon tekan dulu butang ‘SHARE’ kerana ini tulisan yang panjang dan sebagai coretan kenangan yang akan muncul setiap tahun di timeline facebook anda sempena memperingati pemergian beliau.

Mari saya kisahkan dulu biografi ringkas tentang beliau .

Beliau yang kita semua maklum adalah Ketua Menteri Kelima Negeri Sarawak yang telah mengangkat sumpah pada 28 Februari 2014.

Beliau juga merupakan Presiden kelima Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap Pengerusi BN Sarawak.

PBB sepertimana yang kita maklum merupakan parti komponen Barisan Nasional yang menjadi ‘fixed deposit’ terbesar terhadap kemenangan BN dulu kini dan kalau selamanya itu saya tak pasti. Kita tunggu dan lihat. Saya bukan nujum politik. Haha.

Sebelum saya bincang topik hangat tentang kuasa super power tersebut, moleknya untuk kita kenali dulu siapa Almarhun Tan Sri Haji Adenan Satem.

Awal Hidup Almarhum

Almarhum Tan Sri Adenan dilahirkan di Kuching , Sarawak pada 27 Januari 1944 ketika zaman penjajahan Jepun , era Perang Dunia Kedua.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah St. Joseph dan seterusnya menyambung pendidikan di Sekolah Menengah St Joseph.

Beliau mula bekerja sebagai wartawan dan guru sebelum menyambung pelajarannya ke peringkat pengajian tinggi dalam bidang undang-undang di ‘ University of Adelaide’ .

Setelah bergraduasi , beliau telah ditawarkan dan dilantik Majistret dari tahun 1971 hingga 1972.

Kerjaya seterusnya beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha dalam Kementerian Industri Utama dari tahun 1972 hingga 1974.

Kerjaya Politik
=============
Supaya mudah baca , saya susun dalam bentuk point;

1976 – Penasihat Undang-Undang dan Ahli Komiti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)

1979-2016 – ADUN Muara Tulang

1985-1987 – Menteri Muda (Assistant Minister) Pembangunan Tanah , Kerajaan Negeri Sarawak

1987-1992 – Menteri Pembangunan Tanah.

1992-1998 – Menteri Pembangunan Sosial

1998-2004 – Menteri Agrikultur dan Indusrti Makanan

2004 – Ahli Parlimen Batang Sadong , dilantik di peringkat kerajaan Persekutuan Malaysia menjadi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

2006 – ADUN Tanjung Datu.

2010 – Penasihat Khas Ketua Menteri Sarawak.

2011 – Menteri Fungsi Khas Pejabat Ketua Menteri Sarawak ( sementara menanti peralihan kuasa apabila Pehin Taib Mahmud melepaskan jawatan dan dilantik menjadi Yang Di-Pertua Negeri)

2014 – Ketua Menteri Sarawak

2016 – Pilihanraya Negeri Sarawak , memenangi DUN Tanjung Datu dengan 93.4% undi popular , dan parti yang dipimpin beliau memenangi 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Apakah ‘Asymmetric federalism’?
============================
Asymmetric dari sudut bahasa (literal) bermaksud tidak bersimetri ( non-symmetric) .

Apabila perkataan ‘Asymmetric’ digabungkan dengan perkataan ‘federalism’ ia berkait dengan urusan struktur negara persekutuan seperti Malaysia.

Malaysia merupakan salahsatu negara yang mempunyai ciri-ciri ‘Asymmetric federalism’ setelah terbentuk dengan gabungan negeri Sabah, Sarawak dan Singapura (hanya sehingga 1965).

Makna ‘Asymmetric Federalism’ ialah apabila di dalam satu pembentukan negara persekutuan atau negara konfederasi , setiap negeri yang menganggotainya mempunyai ruang-lingkup kuasa yang berbeza iaitu tidak bersimetri.

Sabah dan Sarawak kini adalah negeri-negeri di dalam Malaysia yang mempunyai lebih autonomi kuasa berbanding negeri-negeri yang lain.

Inilah huraian terhadap jargon pelik bagi sebahagian orang yang bukan dalam bidang Sains Politik barangkali.

Adnan Satem dan ‘Power Asymmetric Federalism, nya

Yeap, yeap horay! Makna dah tahu . Jom kita lihat bagaimana beliau menggunakan kuasa hebat beliau ini?

Autonomi Sarawak
– Secara jelas tanpa selindung beliau membuat kenyataan terbuka untuk mengembalikan hak autonomi Sarawak . Perdana Menteri Malaysia terpaksa memberi balas secara terbuka dengan menyatakan komitmen terbaik beliau untuk hal tersebut .

Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi Sarawak
– Keputusan ini walaupun mendapat kritikan dari dalam dan luar negeri Sarawak . Namun kenyataan tegasnya membuktikan hal tersebut “Samaada mereka bersetuju atau tidak dengan saya di Semenanjung, saya tak peduli”

UEC diiktiraf di Sarawak
– Unified Examination Certificate (UEC) adalah satu peperiksaan tinggi di Sekolah Persendirian Cina yang secara umumnya berkelayakan samataraf dengan peperiksaan STPM atau O-level. UEC secara umumnya tidak diiktiraf di Malaysia. Namun, beliau tetap melakukan sesuatu demi sebahagian rakyatnya dia Sarawak yang mengikuti pendidikan di Sekolah Persendirian Cina di Sarawak.

Perkataan Allah dibenarkan penggunaannya
– Beliau sekali lagi menongkah arus keputusan yang dibuat di Semenanjung dengan menyatakan , sedangkan beliau muslim beliau takkan mengganggu bagaimana bukan Muslim mempraktikkan agama mereka.

Memansuhkan Semua Tol di Sarawak
– Dengan kuasa Eksekutif tertinggi yang ada pada beliau sebagai Ketua Menteri , bermula tahun 2016 , Sarawak adalah negeri bebas tol.

Mengancam Petronas Supaya Memberi Kelebihan kepada Sarawak
– Petronas akhirnya bekerjasama untuk memperbanyakkan peluang pekerjaan peringkat Eksekutif untuk anak Sarawak.
– Berterusan mendesak supaya dinaikkan lebih daripada 5% royalti ( royalti sekarang) bagi pelantar minyak yang berada dalam kawasan negeri Sarawak.

Begitulah sebahagian perkara yang saya maksudkan bagaimana beliau menggunakan kuasa ‘Asymmetric federalism’ sebagai Ketua Menteri Sarawak demi memenangi hati rakyat beliau.

Mandat kuasa beliau ini adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan , demi mempertahankan hak yang termaktub melalui Perjanjian Malaysia 1963 (the Malaysia Act, the Inter-Governmental Reporters and Recommendations, and the Cobbold Commission Report )

Belasungkawa untuk Datu Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem

Semalam , hari dan seterusnya beliau telah meninggalakan kita. Pemergian beliau pada hari semalam merupakan suatu kesedihan besar buat negeri Sarawak .

Moga coretan ini menjadi suatu catatan kenang-kenangan yang harus dikenang atas segala jasa dan budi yang beliau telah tabur untuk watan ini. Untuk Sarawak dan untuk Malaysia.

Damailah engkau di sana wahai Almarhum Datu Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem (1944-2017) . Allahurmaghfirlahu Warhamhu, Wa a’fihi wa’ fuanhu.

Zick Le Voyageur,
Biar Jasa Jadi Kenangan,
Ex-Nancy , France

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kau Tahu Perasaan Jadi Buta Walau Masih Boleh Melihat?

Saat Kau Diuji Dengan Kemiskinan