in ,

KLAB : Hari Raya Dak-dak Buku Indie

Dalam sejarah penerbitan buku alternatif di Malaysia yang bermula sejak lebih dari 10 tahun sebelum ini, ada satu acara yang sering ditunggu-tunggu iaitu Kuala Lumpur Alternatif Bookfest, atau biasa kita orang panggil KLAB.

Sama jugak macam mana-mana acara perbukuan alternatif lain yang diadakan, KLAB juga diusahakan oleh salah seorang dari pemilik rumah penerbitan alternatif yang ada di Malaysia ini, iaitu Amir Muhammad.

Amir pada zaman tersebut menerbitkan buku under label Matahari Books. Tapi sekarang dia senang lenang dengan syarikat barunya FIXI. Amir kadang-kadang atau selalunya akan berlagak dengan publisher-publisher lain mempamerkan kejayaan dan kehebatannya. Geram je aku.

Kenapa KLAB menjadi acara yang dinanti-nanti oleh para penggemar buku alternatif dan juga pengamalnya. Pertama dah tentu sebab KLAB menawarkan penyertaan dari penerbit yang menawarkan bahan bacaan selain dari arus popular yang sedang berada dalam pasaran. Dan penggemar kepada sesuatu yang di luar kebiasaan ini memang ada di sepanjang zaman tanpa mengira batasan geografi.

Selain dari faktor menawarkan kelainan itu, KLAB juga dilihat sebagai sesuatu yang cool. Benda-benda cool ni kita tak boleh nak rancang dan jangka. Dia jadi, jadilah dia. Kun Fayakun. Untuk membuat sesuatu yang cool ini ia bukan berada dalam erti kata mudah atau susah ; kerana bagi sesetengah pihak, setiap apa di buat terlihat cool. Manakala di pihak lain pula bekerja keras untuk membuat sesuatu yang cool namun yang terlihat hanya poser.

Resipinya utamanya pada aku ialah pengalaman dan sikap. Pengalaman kita dalam sesuatu hal itu menjadikan kita menyedari banyak hal dari semua aspek, dan itu akhirnya membentuk sikap secara tak langsung. Jadi cool itu berasal dari sikap pengamal yang mengerti dan penerimannya yang memahami. Itu paling penting.

Di KLAB lazimnya para penerbit alternative ini akan bersaing untuk melancarkan buku baru. Ini menambahkan lagi rencahnya dan menjadikan ia menarik. Para penggemar setiap rumah penerbitan akan datang untuk mendapatkan bahan bacaan dari rumah penerbitan kegemaran masing-masing. Selain dari acara pelancaran buku, pentas KLAB juga dipenuhi dengan diskusi-diskusi dan syarahan ilmiah.

Pada tanggapan sesetengah orang, siapa nak tonton acara-acara sebegitu, namun hakikatnya jarang kosong dan ruang sentiasa penuh. Para penulis, penerbit, ahli panel dan moderator ini langsung tak mengharapkan audien yang lalu lalang, tapi sebaliknya setiap mereka punya penggemar dan penyokong tersendiri, ataupun juga mungkin haters.

Aku melihat sesuatu yang penting tentang KLAB, selain dari mencambahkan minat membaca masyarakat bandar khususnya di Kuala Lumpur, KLAB juga menjadi agen penggalak kepada pertumbuhan rumah-rumah penerbitan alternative . Apabila melihat kemeriahan penerbit alternative yang tersedia ada begitu galak dan joreng di KLAB ia rupanya berupaya merubah orang yang dulu membaca kini menjadi penerbit.

Sabtu ni sekali akan berlangsung KLAB 2017. Pun banyak jugak penerbit akan lancarkan buku baru, aku pun tak terkecuali. ROMAN akan lancarkan novel J pada hari ahad jam 1. Marilah datang.

Mungkin ada yang akan kata KLAB dulu dan sekarang dah tak sama. Dulu di CM lebih indie, sekarang urban sangat dan sebagainya. Tapi itulah, sesuatu keadaan itu pasti tak akan selamanya begitu, kita perlu improvise terhadap situasi demi kelangsungan. Yang penting, PERJUANGAN PERLU JALAN TERUS. ORANG KITA PERLU TERUS DIGALAKKAN MEMBACA.

Dan galakkan membaca bukanlah hanya datang melalui iklan “membaca amalan murni” semata, tapi lebih besar dari itu apa yang nak dibaca?

28 Rumah Penerbitan. Yang kau tak pernah dengar pun ada. Aku pun sama.

Forum untuk kau yang depress dan aku yang tak depress.

Abang mana ntah. Semua orang kini nak jadi abang.

Pelancaran novel bagus dari syarikat hebat.

Geng Thukul Bersekutu dan maskotnya.

Target awek-awek purdah la ni.

Thukul lagi. Berapa banyak slot dia nak ni? Tamak!

MATAHARI ada lagi.

Usah lupa, mari ramai-ramai kita ke Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2017, pada hari Sabtu (19 Ogos 2017) dan Ahad (20 Ogos 2017) ini bermula jam 12pm hingga 10pm dan bertempat di The Boulevard @ Publika, Kuala Lumpur.

Datang bawa wang dan maruah diri.

Aloy Paradoks – full

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Apa Itu Sukan Chinlone?

Kecewa Dengan Logo Hari Kebangsaan Yang Buruk, Netizen Buat Pertandingan Sendiri