,

Tempat Menarik Di Kedah Bukan Setakat Aman Central Saja, Anak Muda!

14368787_10153866486576200_4261738214508151894_n

 

1. Ini ialah satu-satunya tembok Kota Kuala Kedah yang mengadap kuala dan laut lepas. Ini bukan sebarang kota, di kota inilah pada 1831, Tunku Kudin syahid – menentang 10,000 tentera Siam – dipancung dan kepalanya dihantar ke Bangkok. Sama nasib seperti dialami pejuang Scotland, William Wallace dan cucunda Nabi, Saidina Hussin.

2. Di kota ini jugalah Tunku Muhammad Saad dalam serangan kedua pada 1838 bertahan dengan 200 pahlawan Melayu daripada gabungan 15,000 tentera Siam yang dibantu British. Tapi ramai kalangan kita lebih ingati sejarah 300 Spartan menentang Parsi.

3. Antara kapal digunakan British dalam serangan kedua ke atas Kota Kuala Kedah ialah HMS Hyacinth, yang juga digunakan dalam Perang Candu Pertama 1841-1842 di China.

4. Jahatnya Siam masa perang, depa ikat mana-mana perempuan mengandung dan bertaruh dalam perut ada anak lelaki atau perempuan. Kemudian perut perempuan itu pun dibelah hidup-hidup. Yang lelaki pula diseksa dengan cara menanam sejenis pokok duri di bawah kelangkang dan dibiarkan tumbuh lalu menyula bontot mangsa sedikit demi sedikit sampai mati.

5. “Seperti anjing… pribumi (yakni org India) di sepanjang persisir pantai semenanjung India menjilat tangan yg mendera mereka;

Tetapi tidak bagi orang Kedah! dan kita orang Inggeris seharusnya menjadi yang pertama memuliakan bangsa yang tidak tunduk kepada kekejaman” – Kapten Sherard Osborn, 1838

6. Bila kau tahu cerita pasal kota ini dan kejahatan Siam, barulah kau akan faham kenapa tergamak Sultan Abdullah memajak Pulau Pinang kepada Inggeris.

7. Kerana dua siri penentangan itu jugalah Kedah kini jadi sebahagian negeri Malaysia dan bukan wilayah selatan Thailand seperti Patani.

8. Tapi, di tebing tembok kota – yang satu-satunya mengadap laut lepas – dipacak papan iklan gergasi. Pemandangan laut ditutup habis. Apa guna kau duduk di tepi pantai dan depan kau ada penghalang. Serupa kau pergi stadium, tapi ada tivi skrin besar tepi padang.

9. Di Korea, kalau kau ke Istana Gyeongbokgung yang memerlukan masa sehari berpusing sekelilingnya, jangan harap kau dapat lihat papan iklan bangang macam tu. Sedaya mungkin Korea mahu pengunjung dan rakyatnya merasai fill seperti abad ke-13. Kedai makan? Jangan harap, kau makanlah siap-siap kat luar.

10. Cerita perang Kedah-Siam sangat lengkap, berskala besar, dramatik, sedih dan sadis. Tapi kenapa pengkisahannya diangkat macam perang kampung yang biasa-biasa saja?

11. Patut ada replika kapal, diorama, tugu pahlawan dan gajah, mural gergasi, dan apa saja yang sesuai sebagai apresiasi sejarah di situ. Malangnya, cuma yang ada muzium kecil, pulak dan kedai makan. Sedihkan.

12. Kesian Kedah, janganlah sampai suatu masa anak-anak kita cuma tau Aman Central saja sebagai tempat menarik kat negeri depa.

Azhan Uthman

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kenapa Kerja Makan Gaji Tak Selamat?

Menang Emas, OKU Tergadai