,

Kisah Burger Paling Sedap di Alam Semesta

14331701_1489881247704151_203078903_n

Ada satu kisah yang berlaku sekitar tahun 1980an. Kisah ini melibatkan sepasang suami isteri yang berkongsi cita-cita sama untuk berniaga. Si suami bernama Ramly bin Mokni, manakala si isteri bernama Shala Siah Abdul Manap. Sebagai permulaan mereka menggunakan wang simpanan berjumlah RM2,000 sebagai modal awal.

 

Mereka bermula kecil-kecilan, manual tanpa mesin. Berbekalkan pengalaman masa bekerja dan kudrat yang ada, mereka usahakan daripada permintaan kecil sehinggalah besar. Bermula dengan hanya pengeluaran 200 keping daging burger sehari, sehinggalah 2000 keping sehari. Semua ni dilakukan hanya di rumah Flat di Kampung Baru. Rumah Flat!Bagaimana permintaan daging burger mereka meningkat?

Zaman tu orang Malaysia masih kurang lagi makan burger. Makanan Barat ni biasanya terdapat di hotel-hotel je. Tapi Ramly ni buka gerai jual burger di kawasan Chow Kit. Nak memperkenal dan menggalakkan orang cuba dan kembali untuk beli benda baru ni bukanlah kerja senang. Tapi beliau tak putus asa.

Beliau tak stop di situ. beliau usaha tambah lagi cawangan gerai burger di kawasan sekitar, dengarnya dari Chow Kit membawa ke area Sentul. Daripada orang tak berapa suka, sampailah orang tak boleh nak lupa, burger beliau semakin mendapat sambutan yang baik.

Cuaca tak selalu cerah. Bila dah yakin, beliau cuba untuk buat pinjaman MARA untuk nak kembangkan bisnes beliau. Tetapi, pinjaman yang diminta tidak diluluskan. Alasan yang diberikan adalah orang Malaysia tak ramai yang suka makan burger.

Beliau tak putus asa di situ. Terus beliau pergi ke Bank Pembangunan. Pinjaman beliau diluluskan. Daripada situ, beliau berjaya buka satu Kilang di Bandar Tun Razak Cheras. Lama juga Kilang kat Cheras tu beroperasi. Bisnes berkembang maju, hinggalah Ramly buka satu lagi kilang di Taman IKS Batu Caves pada tahun 2008. Kilang tu adalah permulaan, yang seterusnya adalah sejarah.

Jangan tak tahu, sekarang Ramly Burger gunakan 1.5 tan daging sehari untuk production dan hasilkan jualan berbilion-bilion setahun.

Cerita pasal Ramly Burger ni memang ramai dah tahu, tapi apa yang kita boleh simpulkan:

1. Nak mencuba benda baru memang susah dan ramai yang tak berani. Tapi kalau kita tak cuba, kita tak akan tahu.
2. Bermula kecil ni essential dalam berniaga, benda wajib. Semua peniaga bermula kecil-kecilan. Mana ada orang mula terus besar.
3. Buat loan untuk berkembang, bukan bermula. Buat loan tak lah susah mana. Proposal kena cantik, mesti lepas.
4. Yang susah adalah nak manage loan tu, wang tunai tu. Part tu yang ramai gagal. Kalau tak nak gagal, ilmu kena ada.
5. Pegawai ni manusia biasa, tak dapat ramal apa yang akan jadi pada masa depan. Tapi janganlah negatif sangat bila nak menapis. Kalau ada sedikit optimisme dalam diri pegawai tu, aku pasti dia akan berbangga dengan keputusannya. Tapi sebab tiada optimisme. Maka bersedihlah beliau.
6. Aku cadangkan Burger Ramly diangkat sebagai salah satu makanan lokal Malaysia, sebaris dengan nasi lemak, roti canai, char kuey teow dan lain-lain.
7. Dan pengajaran paling penting adalah, buatlah sesuatu yang baru dan kembangkanlah. Optimis yang idea kau tu bagus, dan kau kena buat. Bukan simpan je dalam kepala.

Kau bayangkan kalau Ramly cuma fikir dalam kepala masa kerja, lepas tu tak cuba pun buat burger Malaysia sendiri, takkan nak makan burger king atau burger Maconald je?

Burger Ramly tu adalah Burger Paling Sedap di Alam Semesta woi!

Mohd Ridzuan

 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *