in ,

Khutbah Jumaat Yang Tak Ikut Skrip

Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4, perkataan Muslimah memberi maksud wanita / perempuan yang beragama Islam. Maksud muslimah ini umum kepada semua wanita yang beragama Islam. Ya ada pengulangan keras di situ.

Jika mahu tegur kawan kau yang belum bertudung, kau tidak perlu buka mulut dengan kata begini,

“Ah! Dia bukannya muslimah pun, dia perempuan. Entah spesis apa.”
Ya Tuhan. Sebab itulah Tuhan kata kita semua ini hamba. Untuk kita rasa rendah diri, rasa yang kita ini tak ada apa-apa. Bertudung atau tidak itu punya banyak kemungkinan.

Mungkin beliau tidak tahu yang perintah Tuhan itu suatu kewajipan, dan ia perlu diterangkan dengan kasih sayang.

Percayalah, ada yang masih belum tahu. Kita mungkin boleh hentam orang yang tidak solat dengan menggunakan microphone, berdentum satu masjid. Habis semua khalayak mendengar ceramah sekian-sekian yang kadang-kadang jelik dan memalukan.

Cuma bayangkan dalam 100 orang mendengar itu ada lima orang yang mahu solat, tetapi tidak tahu solat. Dan kita yang menjadi penceramah, menjadi kaki bising, menjadi tukang berpesan-pesan, nasihat sana sini seperti kitalah khalifah paling agung yang dilantik Tuhan. Kita lupa untuk mendekat-dekat diri dengan mereka dengan berkawan-kawan. Kau fikir mereka akan datang merapati kau untuk mereka beritahu yang mereka ingin belajar solat? Jangan harap!

Sedang mereka baru hendak buka mulut sahaja, kau sudah cakap, “Dah tua masih tak tahu solat?”

Kau itu hamba sahaja. Walau kau Tahajjud selama 1000 tahun sekalipun, kau tetap hamba. Dosa kau mungkin lebih banyak dari mereka yang beriya-iya mahu belajar solat akibat dari ego celaka kau menyebabkan mereka tidak jadi untuk belajar solat.

Hal tudung juga begitu. Jika kau rasa kau mulia, cuba kau tanya Tuhan. Adakah semulia kau yang suka membantai orang itu akan diangkat sama taraf dengan Nabi?

Nak menegur, gunalah kelebihan hati kau yang sentiasa hidup dengan memuji-muji Tuhan. Yang mana Tuhan letak dan campak pada kesempurnaan wajah kau itu untuk mulut kau pun sama nampak istimewa.

Kita sama-sama menyembah Tuhan yang sama. Membantai dan mencela orang yang tidak tahu atau belum lagi tahu indahnya agama yang kita anut ini tidaklah menjadikan kita lebih beriman atau lebih syurga dari orang lain.

Hidayah ini hak mutlak Tuhan, sayang. Belajar itu pula hak kau sendiri. Jika yang kau hina itu perlu belajar untuk mendekatkan diri dengan Tuhan, kau dan kita pula perlu belajar untuk mendekati mereka ini dengan kebahagiaan hati.

Jika permulaan pandangan mata kau terus menampakkan kecelaan semata-mata, maka eloklah kau semaklah semula hati kau,

Adakah penuh dengan yang manis-manis atau banyak yang najis-najis.

 

Mutalib Uthman

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Bagaimana Seniman Melawan Kesempitan

“Kenapa?”