, ,

Khas Untuk Jamal Yunos: 4 Cara Mudah Hentikan Pendarahan Hidung

Heboh sana sini bercerita perihal hidung berdarah dan kena tumbuk.

Bila heboh cerita hal hidung berdarah ni teringat aku zaman kanak-kanak dulu. Aku ada seorang kawan yang kerap betul hidung dia berdarah tanpa sebab.

Kau pun aku rasa ada kawan yang jenis hidung berdarah ni. Ataupun kau sendiri pernah alaminya sendiri.

Kadang tu tengah cikgu mengajar di depan, tiba-tiba hidung dia berdarah. Akulah yang tukang jerit, “cikgu, hidung dia berdarah”.

Jadi aku nak kongsikan sedikit info tentang hidung berdarah. Bukan hidung berdarah kena tumbuk atau yang jenis pendekar penyu tengok Bulma tu.

Ok, hidung berdarah ni ada nama perubatan dia seperti penyakit lain. Nama dia Epistaxis. Ha, jauh bezakan?. Tapi itulah nama perubatan bagi hidung berdarah.

Epistaxis ni boleh terjadi pada dua-dua lubang hidung atau sebelah sahaja. Jangka masa dia pula tak menentu. Boleh berlaku dalam beberapa saat ke 10 minit atau berlanjutan lebih dari itu.

Kebiasaannya sebab berlaku Epistaxis ni kerana menghembus hidung terlalu kuat, perubahan cuaca yang menyebabkan hidung kering dan kecederaan kecil seperti terhantuk.

Apa yang perlu dibuat bila berlakunya Epistaxis ni?. Ini dia empat langkah mudah yang boleh dilakukan untuk mengawal darah dari terus keluar.

1. Kau perlu duduk dan picit bahagian hidung kau yang lembut tu. Cuba kau picit batang hidung kau sekarang, perlahan-lahan bergerak ke bawah. Dari keras, kau akan dapat rasa bahagian lembut. Itulah dia. Picit bahagian itu selama 10-15 minit.

Tengah picit hidung ke tu?

2. Bersandar dan bernafas menggunakan mulut. Ya, sebab tadi dah picit hidung, kenalah bernafas guna mulut.

3. Letakkan ais yang dibalut tuala pada hidung. Jangan letakkan ais terus pada hidung supaya air yang menitis tak bercampur dengan darah.

4. Pastikan poster badan tegak dan tidak membongkok untuk mempercepatkan proses darah berhenti.

Jadi bila berlakunya Epistaxis ni, boleh kau cuba buat empat langkah di atas. Kalau tak berhenti juga, terus bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Fuad Ahmad

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ini Bukan Resipi Ayam Masak Merah!

Sindiket Curi Iphone & Apple ID, Bagaimana Nak Menanganinya?