in

“Kenapa?”

Aku perasan, sejak beberapa bulan kebelakangan ni anak aku kerap sangat bertanya soalan “kenapa”. Dan soalan kenapa ni berangkai. Lepas aku jawab satu, akan ada lagi soalan kenapa, kenapa dan seterusnya.

Aku ingat ada sekali tu. Anak aku tanya masa berhenti di lampu isyarat.

“Ayah kenapa berhenti?”

Aku jawab sebab lampu merah

“Kenapa lampu merah?”

Aku jawab sebab kalau jalan nanti kena langgar.

“Kenapa kena langgar?”

Bila dah sampai tiga soalan kenapa, aku pun dah tak tahu nak jawab apa. Jadi aku tukar topik. Selalu benda ni terjadi.

Kadang-kadang aku down. Sampai tepuk dahi jugalah. Sebab tak tahu jawapan bagi soalan dia dan kalau tahu pun aku rasa susah nak terangkan jawapan tu.

Disebabkan aku selalu tewas dengan soalan-soalan kenapa ni, aku mula membaca artikel. Akhirnya aku jumpa jawapan yang mudah kenapa kanak-kanak suka bertanya soalan kenapa.

Dalam artikel tulisan Dr Greene yang merupakan founder DrGreene.com, dia menerangkan kanak-kanak tidak bertanya soalan kenapa dalam maksud seperti orang dewasa faham.

Sekiranya orang dewasa bila terima soalan kenapa kita akan faham soalan tersebut akan dijawab dengan jawapan sebab benda itu terjadi.

Berbeza pula dengan kanak-kanak. Mereka bertanya kenapa bukan disebabkan ingin tahu sebab sesuatu itu berlaku tetapi lebih kepada mahukan perhatian dan ingin berbual dengan kita. Pendek kata dia nak kita bercerita.

Contoh yang diberikan oleh Dr Greene menarik. Katanya, bila kanak-kanak bertanya, kenapa langit berwarna biru?. Jawapan yang diharapkan oleh kanak-kanak bukanlah berkait punca atau proses langit itu berwarna biru.

Tetapi lebih kepada bentuk perbualan. Dia menyarankan supaya kita menjawab dengan jawapan, langit biru bila hari siang. Kalau hari nak hujan langit akan berubah warna, jadi kelabu dan bila waktu malam, langit akan menjadi gelap.

Punyalah mudah kalau kita tahu benda macam ni. Aku masih lagi praktikkan benda ni dan belum mahir sepenuhnya sebab kadang tu aku tak dapat jawab juga.

Jadi kalau kau orang ada situasi anak tanya soalan kenapa, bolehlah cuba praktik benda ni.

Dan aku teringat satu benda. Dalam menjawab soalan akan ada dua jawapan. Jawapan betul atau jawapan tepat. Dalam hal ni kita perlu memilih jawapan betul bukan tepat.

Selamat mencuba!

P/S

Dr Greene adalah founder bagi DrGreene.com. Beliau juga penulis bagi dua buah buka iaitu Raising Baby Green dan Feeding Baby Green.

Selain itu juga beliau kerap muncul di media seperti The New York Times, Today Show dan Dr Oz Show.

Fuad Ahmad

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Khutbah Jumaat Yang Tak Ikut Skrip

Super Supermoon: Fenomena Rare Yang Tak Patut Kau Lepaskan