in ,

Kenapa Tan Sri Shahrir Naik Kelas Ekonomi?

Gambar : IG Chef Wan

Pertanyaan Datuk Redzuawan Ismail atau chef Wan sama ada FELDA ada duit atau tidak apabila terserempak Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abd Samad menaiki pesawat MAS kelas ekonomi, menarik perhatian netizen instagram chef tersohor itu.

Pertanyaan itu seolah-olah memberi gambaran FELDA tidak berduit sehingga Pengerusinya naik pesawat kelas ekonomi.

Antaranya Soni Vajani menulis, “Status yang dimuat naik lucu, ntah-ntah FELDA memang tak der duit dah.”

Bagaimanapun ada yang memberi komen positif tindakan Shahrir duduk di kelas ekonomi.

Antaranya yang komen Juan Feezuan katanya,

Komen Nor Zuraida,

Namun Shahrir ada sebab sendiri kenapa beliau naik kelas ekonomi pada Ahad lalu.

“Saya pulang ke Johor Bahru sebagai Ahli Parlimen, bukan Pengerusi FELDA.”

“Kenapa perlu saya guna duit FELDA untuk bayar tambang kapal terbang, ataupun duduk business class,” kata Shahrir kepada bnbbc.my mengulas status Chef Wan yang mendapat 400 komen dan 8,180 like.

Chef Wan pada Ahad lalu memuatkan gambar beliau teruja dapat duduk bersebelahan Shahrir apabila bertukar kerusi kelas perniagaan dengan Norjan.

Menariknya Chef Wan dalam salah satu komen yang di muat naik berkata, “Yes, I hope so as we talked a lot about many of FELDA, subsidiaries like D Saji etc…he did invite me to work along with FELDA”.

Bagaimanapun dalam komen lain menyedari ada nitizen tidak puas hati dengan tulisannya berkaitan FELDA, Chef Wan menjelaskan, “I tak mempertikai pun about his seating as I have done the same pun all the time,”.

BNBBC

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Selamat Tinggal Bapa KFC Malaysia

Eleh, Asyik Staf Gomen Je Dapat Bonus!