in ,

Kenapa Starbucks Selalu Sangat Salah Eja Nama?

Gambar : https://www.eatlah.com

Di Twitter, ada satu kes seorang wanita yang naikkan gambar secawan kopi Starbucks dengan caption yang marah dan mencarut-carut. Semuanya sebab barista tersalah tulis nama dia.

Banyak retweet dia dapat. Reply apatah lagi. Nampak macam ada dua golongan. Pertama, bergelak ketawa dan setuju dengan dia. Jadi mereka pun tunjukkan gambar kes salah tulis nama oleh barista Starbucks yang pernah dilalui.

Golongan kedua, yang menempelak pengguna Twitter ni. “Baru sehari dua ke beli Starbucks? Biasalah tu, salah tulis nama je pun. Bukan salah bagi kopi.”

Kes orang naikkan gambar salah tulis nama di cawan minuman Starbucks ni bukan pertama kali terjadi. Bukan sekali sekala. Boleh dikatakan hari-hari, ada saja di media sosial.

Sampaikan kita terfikir, bengap sangatkah barista ni? Nama senang pun boleh salah tulis. Kot susah sangat nak tulis tak apa lah. Atau sengaja nak cari pasal dengan aku dia ni?

Aku pernah terbaca tentang sebuah teori yang dicipta; kenapa barista Starbucks tersilap tulis nama kita?

Ada sebuah saluran Youtube, Super Deluxe yang keluarkan teori Kawalan Kitaran Berbuih (Frothy Circle of Control).

Kata mereka, apa yang dibuat oleh barista semuanya disengajakan. Ya, mereka saja-saja silap tulis nama. Kenapa?

Starbucks merupakan cawangan kedai kopi yang paling besar di dunia. Tahun 2016, ada 25085 cawangan dan makin bertambah setiap bulan.

Maknanya setiap tahun, berjuta pelanggan mereka yang disalah eja nama di cawan kopi mereka.

Mereka tangkap gambar nama entah apa-apa tu, naikkan di Facebook, Instagram, Twitter. Tak pun buat live di Bigo. Lepas tu letak ayat-ayat kelakar, tak pun marah-marah.

Pengikut mereka tengok. Esok dia pergi sendiri ke Starbucks. Eh, salah juga eja nama. Dia pun tangkap gambar dan naikkan sekali.

Dalam berjuta gambar yang dinaikkan ni, ada dua persamaan. Pertama, nama yang disalah eja tu. Kedua, logo hijau Starbucks.

Maksudnya di sini, berjuta-juta logo Starbucks menghiasi media sosial setiap secara percuma. Kita pengguna sudah berikan pemasaran yang hebat kepada Starbucks.

Pastinya, Super Deluxe rumuskan pada akhir video mereka yang ini cumalah teori dan belumpun disahkan oleh siapa-siapa.

Pernah satu ketika Jurucakap Starbucks bercakap kepada pemberita, teori ini tidak tepat. Pihak pengurusan Starbucks tak pernah pun mengarahkan barista mereka buat-buat salah eja nama.

Jika benar pun teori ini, Starbucks sangat bijak memanipulasi media sosial untuk promosikan jenama mereka. Percuma pula tu.

Zulhilmi Daud

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

10 Filem Tamil Wajib Ditonton

Apa Yang Membuatkan Cerita Jadi Menarik Untuk Dibaca?