in

Kenapa Kerja Makan Gaji Tak Selamat?

 

12642934_10153920124372520_2368424118218180258_n

Banyak orang bercerita pasal CIMB tutup 23 cawangan la, bank-bank besar lain pun nak tutup cawangan la. Bank-bank ni dah rugi ke? Iye ke?

Pasal bank-bank ni, depa tutup cawangan ke atau potong itu ini bukan sebab depa rugi atau nak bankrap pun. Bank-bank ni tetap kaut untung je tiap-tiap tahun. Tak percaya korang pergi check annual financial report dorang. Tiap-tiap tahun ada untung dan makin meningkat.

Mereka ni sebenarnya bersaing je sesama bank untuk lebih untung. Bila dah fikirkan pasal untung ni, hal pekerja ni depa dah ketepikan dah. Potong overtime, potong elaun tu, elaun ni, potong bonus, limitkan medical benefit dan macam-macam lagi cara.

Kalau staf tu mereka tak suka, depa transfer je kat cawangan hulu banat biar sampai staf tu sendiri resign. Depa pilih manager-manager muda gaji rendah dari orang lama dan push buat marketing untuk cari untung. Sebab tu hang nampak banyak manager-manager tu muka macam budak sekolah, senang kena tipu dengan staf otai.

Dekat bahagian operasi cawangan pula, bank-bank lebih percayakan mesin-mesin dari orang-orang. Sebab mesin-mesin ni kerja 24 jam tanpa henti dan tanpa cuti. Lebih menguntungkan. Ya, lebih menguntungkan pihak bank.

Jadi, sebenarnya tak ada yang selamat pun kerja makan gaji ni.

Aku sarankan, kita ni ambil pengalaman secukupnya, belajar salah silap dan rancang pelan masa depan sendiri. Jangan nanti kita salahkan majikan, bila pelan masa depan mereka tak melibatkan kita, dan kita jadi mangsa.

Jika masih bekerja, buatlah pendapatan sampingan. Jika minat berniaga, belajar dan mulalah berniaga walaupun dengan benda-benda kecil. Jika nak fokus kerja pun tak salah, tapi jadilah ‘outstanding’ dari pekerja-pekerja yang biasa.

Memang kalau tengok orang kerja bank ni bergaya. Ada yang pakai uniform, ada yang pakai kot blazer, ada yang memang pakai korporat habis. Stylo. Tapi, seksanya hanya mereka yang tahu. Dan aku tahu.

Mujurlah aku dah ambil langkah sendiri. Tak perlu risaukan kena transfer atau kena potong bonus. Aku fikirkan bagaimana nak capai impian aku. Sebab aku pilih untuk berubah.

p/s: Aku dah mulakan bisnes sendiri. Korang bila lagi?

 

Shairy Hanapiah

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Anak Muda dan Cita-Cita

Tempat Menarik Di Kedah Bukan Setakat Aman Central Saja, Anak Muda!