in

Kemenangan Kedah Hadiah Buat Yang di-Pertuan Agong?

SHAH ALAM 30 OKTOBER 2016. Pasukan Kedah muncul juara Piala Malaysia 2016 selepas menewaskan Selangor di Stadium Shah Alam. NSTP/GHAZALI KORI

Hari tu sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 berlangsung, sempat juga aku belek-belek Facebook.

Dalam banyak status yang naik hari tu berkenaan Piala Malaysia, aku tertarik pada satu status ini yang ditulis oleh saudara Shairy Hanapiah, bekas banker dan kini rakan kongsi Wolf World.

Bila aku baca status beliau ini, hati aku pun terdetik juga. Ya lah sebenarnya dah berapa kali juga sejak mengikuti dunia bola sepak tempatan, kerap terlintas bila pasukan tertentu menang piala mesti kemenangan itu akan dijadikan ‘hadiah’ kepada raja negeri yang menang itu yang kebetulan pula pada masa itu menjadi Yang di-Pertuan Agong. Benda ini selalunya akan digembar-gemburkan dalam akhbar sebelum dan selepas perlawanan.

“Johor berharap menang piala malam ini sebagai hadiah untuk YDP Agong.”

“Kemenangan Perlis malam tadi hadiah buat YDP Agong.”

Jadi aku pun menggunakan skil analisis aku dan mula menggodek sejarah bola sepak dan perlantikan YDP Agong negara kita dan ini hasilnya.

Sejak 1983 hingga hari ini, negeri yang rajanya menjadi YDP Agong pasti akan memenangi Piala Malaysia, Piala FA atau kejuaraan liga sewaktu pemerintahan YDP Agong tersebut. Perkara ini berlaku secara konsisten kecuali ketika pemerintahan YDP Agong dari Negeri Sembilan.

Tak percaya? Tengok hasil kajian aku ini:

YDP Agong Pahang (1979 – 1984)
Pahang juara Piala Malaysia 1983.

YDP Agong Johor (1984 – 1989)
Johor juala Piala Malaysia 1985.

YDP Agong Perak (1989 – 1994)
Perak juara Piala FA 1990.

YDP Agong Negeri Sembilan (1994 – 1999)
Negeri Sembilan tidak menjuarai apa-apa, mungkin kerana mereka jujur atau tidak kuat melobi.

YDP Agong Selangor (1999 – 2001)
Selangor juara Piala FA 2001 dan juara liga 2001.

YDP Agong Perlis (2001 – 2006)
Perlis juara Piala Malaysia 2004 dan juara liga 2005.

YDP Agong Terengganu (2006 – 2011)
Terengganu juara Piala FA 2011.

YDP Agong Kedah (2011 – 2016)
Kedah juara Piala Malaysia 2016.

Kau nampak dia punya trend?

Jadi kesimpulannya apa? Kesimpulannya kau faham-fahamlah sendiri. Mungkin kerana hal ini jugalah pasukan dari negeri yang tidak beraja (Sabah, Sarawak atau Melaka) kurang berjaya dalam bola sepak tempatan.

YDP Agong selepas ini adalah dari Kelantan jadi sek-sek The Red Warriors sekalian boleh dah senyum sokmo.

Sekian kajian saya.

 

Lucius Maximus

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Beginilah Cara Memasak Nasi Lemak Tanpa Minyak Masak

Kenapa Mesti Merungut Jika Boleh Buat Pilihan?