, ,

Kembar Paradoks Yang Menjadikan Kau Lebih Muda Daripada Anak Kau

Paradox, atau kata pinjamannya paradoks, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, didefinisikan sebagai sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum. Dalam bahasa mudah, paradoks bermaksud sesuatu yang bertentangan, seperti hitam dengan putih. Apabila kita bercakap tentang twin paradox ini, kita masuk ke dalam teori relativiti sekarang. Relativiti secara mudahnya bermaksud perbandingan atau saling kaitan antara sesuatu atau benda.

Twin paradox ialah “thought experiment” iaitu eksperimen menggunakan akal atau logik yang menjelaskan kepada kita bagaimana masa bergerak secara berbeza di tempat berbeza. Tahukah anda graviti dan masa saling berkait? Tahukah anda graviti mampu “membengkokkan” masa? Apa maksudnya dengan “membengkokkan” masa? Contohnya jarak antara rumah dan sekolah anda betul-betul berada saling bertentangan dengan jarak 2km.

Suatu hari, anda suatu pokok telah tumbang maka anda mengambil jalan alternatif di mana jalan tersebut bengkang-bengkok dan bersimpang-siur yang mana jaraknya menjadi 3 km. Jarak antara dua tempat itu semakin jauh, bukan? Jadi masa yang diambil juga semakin lama.

Sama dengan dengan eksperimen twin paradox ini. Graviti adalah seperti pokok tadi, menghalang perjalanan lurus anda, memakan masa anda. Tempat yang gravitinya rendah adalah seperti jalan yang lurus manakala tempat yang kuat medan gravitinya seperti jalan alternatif tadi, banyak bengkang-bengkok, memakan masa yang lebih untuk sampai ke destinasi.

Ada dua perkara yang boleh manjadikan masa perlahan; sama ada anda bergerak dengan kelajuan cahaya, atau berada di tempat yang medan gravitinya tinggi. Kajian mendapati bahawa semakin kuat graviti di sesuatu tempat, maka semakin perlahan masa berjalan.

Apa itu twin paradox?

Baiklah, katakanlah anda mempunyai kembar. Bila anda dewasa, berumur 20 tahun, anda dipilih untuk menyertai NASA dalam misi menjelajah angkasa lepas. Maka anda pun memilih untuk menyertai misi itu, menjelajah Marikh dan planet-planet lain dalam tempoh 10 tahun.

Semasa anda berada di dalam kapal angkasa menuju menjelajahi angkasa lepas, anda bergerak dengan kelajuan cahaya. Di planet-planet yang anda jelajahi, gravitinya berbeza berbanding di Bumi. Selepas 10 tahun, anda pulang ke Bumi dan dapat kembar anda sudah berumur 70 tahun tetapi anda kelihatan sama seperti waktu anda tinggalkan Bumi dahulu. Hal inilah yang dikatakan Twin Paradox. Ini terjadi kerana medan graviti di angkasa lepas dan setiap planet berbeza. Maka, pergerakan masa juga berbeza mengikut kadar graviti setiap tempat.

Ada tak cerita atau video yang menceritakan dengan jelas eksperimen ini?

Ya, anda boleh jumpa banyak video di Youtube berkenaan Twin Paradox ini dan Christopher Nolan, pengarah The Dark Night juga pernah membuat filem berdasarkan eksperimen ini, berjudul Interstellar.

Dalam filem Interstellar ini, watak utamanya, Cooper dalam lewat 40-an beliau, pergi ke angkasa lepas, meninggalkan dua anaknya masih bersekolah, Tom dalam usia belasan dan Murph, 10 tahun. Apabila tamat misi, dia dijumpai di angkasa lepas dan dibawa pulang ke Stesen Cooper (dicipta oleh Murph), anaknya yang sulung telah lama meninggal dan yang kedua, Murph sudah tua dan nazak menunggu nafas akhir.

Secara teorinya juga, semakin dekat kita dengan lohong hitam atau blackhole, semakin kuat medan graviti maka semakin perlahan masa bergerak. Dalam Interstellar juga ada menerangkan hal ini. Dalam babak tersebut, Cooper dan Brand pergi ke sebuah planet berhampiran lohong hitam untuk mendapatkan rakan mereka, Millers. Graviti di planet tersebut adalah 110% daripada Bumi.

Sejam di planet tersebut bersamaan dengan 7 tahun. Mereka mempunyai masa yang terhad kerana masa di sana perlahan dan kapal utama mereka berada luar orbit planet tersebut. Namun semasa mereka menjalankan misi, mereka telah dipukul ombak yang besar bagaikan tsunami. Kapal mereka perlu mengambil masa hampir sejam sebelum kembali berfungsi sepenuhnya namun mereka akhirnya berjaya pulang ke kapal utama dan mendapati rakan mereka Romilly telah tua. Mereka sebenarnya telah pergi selama 23 tahun 4 bulan 8 hari!

Pada akhir filem ini, Cooper berjaya diselamatkan dari tesseract dan dia bangun berada di sebuah hospital di Stesen Cooper. Dia akhirnya berjaya bertemu dengan Murph yang sudah tua menunggu nafas terakhirnya. Murph hanya terlantar di atas katil dan biliknya dipenuhi anak dan cucu-cucunya yang tidak sedar lelaki 40-an yang sedar bersembang dengan Murph ialah moyang mereka, Cooper. Tahukah anda berapa umur mereka pada waktu ini?

Cooper sebenarnya sudah berusia 124 tahun manakala Murph pula pada waktu ini berusia lebih kurang 100 tahun!

Muhd Aminuddin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *