Keluar Wang Tanpa Kad ATM. Mudah Sahaja Rupanya

Ada masa memang kita tertinggal dompet di rumah. Benda tu selalu jadi kat aku. Nak buat macam mana, dah lumrah.

Duit tak ada dalam poket? Kau jangan risau asal kau ada handphone, atau ada orang sekitar kau ada telefon yang tak pintar pun tak apa asalkan boleh terima sms.

Pengguna Maybank, kau mungkin tak tahu yang kau boleh bantar duit kepada sesiapa sahaja, dan penerima boleh cash out di mana-mana ATM Maybank.

Benda ini bagus. Kau ikut panduan aku ni langkah demi langkah, senang kau nak hantar duit kat mak ayah di kampung, adik di universiti atau dalam kes aku hari ini – hantar pada diri sendiri.

Lepas kau baca, kau wajib share. Jenuh aku labur RM 200 untuk buat post ini demi kemudahan kau dan kemaslahatan seluruh ummat Malaysia.

 

Kau buka maybank2u.com.my. Login.

 

 

Isilah apa yang patut. Takkan itu pun aku nak ajar.

 

 

Pilih ‘Accounts & Banking’.

 

 

Pilih ‘Transfers’

 

 

Pilih ‘Cardless Withdrawal’.

 

 

Sebab kau semua tak pernah guna sistem ni, aku ajar guna yang paling cap ayam. Pilih ‘Open Cardless Withdrawal’.

Lepas transaksi hantar duit ke mak kau, simpanlah butiran dia sebagai Favourite Recipient.

 

 

 

Masukkan apa butiran patut.

1. Maksima transaksi adalah RM 300
2. Transaksi mesti dalam gandaan 100, 200 atau 300

 

 

Isi TAC. Jenuhlah kalau cara apply TAC pun aku nak kena ajar.

 

 

Nanti keluar benda ni. Selesai urusan di komputer.

Perhati 3 benda penting:

1. Setiap transaksi dicaj RM 1
2. Penerima cuma ada 48 jam untuk keluarkan duit
3. Pengeluar boleh keluarkan duit tertakluk kepada baki wang dalam akaun penghantar pada waktu pengeluaran dibuat. Kalau tak cukup duit. Tak boleh keluarkan wang.

 

 

Penghantar pula akan dapat sms ini. Kerja kau sekarang adalah untuk hantar sms ini pada penerima.

Kalau penerima tak ada kedua-dua sms:
1. Dari Maybank
2. Dari penghantar wang

Maka dia tak boleh laksanakan transaksi. Ini ciri keselamatan.

 

 

Di telefon penerima akan dapat sms ini. Kau jangan nak keliru pula.

 

 

Maka dengan happy-happy yeay-yeay si penerima melangkah ke ATM Maybank terdekat.

 

 

Kau tekan aja apa-apa butang kat situ. Aku pilih nombor 8 sebab tanpa sebab yang pasti.

Jangan abaikan nasihat Polis yang tertera.

 

 

Keluar pilihan bahasa, pilihlah yang mana kau suka. Aku pilih bahasa kebangsaan. Kalau kau jenis tak faham bahasa melayu, ambillah English.

 

 

Automatik akan keluar menu ini. Saya mesti pilih!

 

 

Tekan saja ‘Teruskan’. Tak terus nanti kempunan pulak duit tak dapat.

 

 

Masukkan kod yang kau terima dari bank. Kau jangan compare nombor ni dengan nombor dalam sms kat atas tu.

Ini gambar masa kali kedua aku buat transaksi sebab kali pertama gambar tak lawa. Jadi nombor dia lain.

 

 

Masukkan kod yang kau terima daripada penghantar.

 

 

Duit keluar. Jangan pergi joli. Belanja aku dulu makan capati.

 

Sebaik duit dah dikeluarkan si penerima, penghantar wang akan dapat notifikasi.

Cerita tamat. Dua-dua happy.

 

Ali Imran

Leave a Reply