in ,

Ke Mana Ringgit Telah Pergi

Tengah kita sedang puasa, syok beraya, ada yang tak perasan isu lebih besar berlaku pada ekonomi. Diam tak diam, dah banyak kilang tutup. Berapa banyak francais negara luar pun tumbang di negara kita..

Ada yang dah ditutup tanpa diumum media. Ada juga yang diumum melalui akhbar selain akhbar Bahasa Melayu. Ada yang dah diumum lebih awal. Ada juga yang tahu-tahu je tutup (24 jam).

Perkara paling ‘menarik’ yang boleh kita baca, adalah alasan kenapa syarikat hentikan operasi.

Ada macam-macam jenis faktor :-

– Kos operasi meningkat
– Kurang permintaan
– Cukai GST. (Kalau di bahagian komen, ramai juga yang sentuh isu GST).
– Pindah lokasi
– Struktur semula

Ah itu semua tak penting, sebab bagi seorang rakyat marhaen, ayat paling mudah nak sebut, “Ekonomi Malaysia Nazak!”

Siapa yang bijak main sentimen politik, inilah masa terbaik nak raih perhatian. Pakar ekonomi pun cepat tumbuh. Nak bagi nampak ada nasihat, suruh sahaja rakyat berjimat. Senang sikit nasihat tu.

Jadi, sebelum melarat emosi kita ke sudut yang merugikan, saya terpanggil nak kongsikan satu fikiran yang baik.

Saya ni bukanlah pakar ekonomi, tapi sebagai pengamal marketing, saya suka melihat ‘behaviour’ dan budaya membeli pengguna.

Jika daripada segi ekonomi, kita jangan terperangkap dalam fikiran ekonomi tenat. Gaji tak pernah naik. Barang makin mahal, ya betul.

Namun, ia hanyalah result.

Lebih penting, kita kena ‘lihat’ betul-betul, mungkin dengan mata hati,

“KE MANA RINGGIT TELAH PERGI?”

Supaya kita dapat hidup dalam cabaran genting ini, kita kena cekap ‘mengintai’ ke mana duit rakyat Malaysia bergerak.

Saya ada buat sedikit kajian dan nota untuk dikongsikan kepada anda.

Di bawah ini, saya sempat senaraikan produk dan servis yang ‘tenat’ di Malaysia ini. Banyak kilang dan premisnya ditutup, ada yang tunggu rebah saja.

Kategori Produk
——–
– Rokok Mevius, Winston, Camel, Dunhill, Rothmans
– Motosikal kapchai/skuter Suzuki
– Hard disk WD & Seagate
– Video Kamera JVC
– TV Samsung
– Cable & Motherboard Connector dalam PC – produk Amphenol
– Semiconductor – produk Fairchild, SunEdison
– Solar Panel STR

Kategori Servis
——–
– Francais Dim Sum Tim Ho
– Fitness Centre, True Fitness
– Kedai roti Tous Les Jours
– Pakaian kanak-kanak Pumpkin Patch
– Francais roti Delifrance
– Beg tangan, aksesori Paris Hilton
– Korean BBQ Bulgogi Brothers
– Kosmetik Nature Republic

Ok, daripada senarai produk di atas, cuba kita perhatikan.

1) Ada tak behaviour manusia yang dah berubah?

Dulu hisap rokok, sekarang dah pakai vape. Dulu komputer laptop semua ada, sekarang ada satu telefon pun boleh dual sim. Dulu sewa kereta, sekarang Grab/Uber saja. Ada tu sanggup beli motor second hand, asalkan tak berhutang.

Apa maksud bila behaviour berubah, pergerakan duit berubah?

Contoh senang beginilah. Dulu kita rasa tak penting tonton TV, buang masa ikut rancangan TV kena mengadap iklan. Jadi, kita potong bulanan RM100 Astro. Ada yang dah jual TV, atau tak beli TV baru.

Jadi, mana pergi RM100 kita tadi? Kita buang tabiat TV, tapi kita makin prihatin dengan kualiti kesihatan. Jadi, kita langgan penapis air bulanan RM100. Silap-silap, kita tambah lagi caruman bulanan takaful RM50.

Amacam? Inilah namanya “Ringgit Bergerak.”

Perasan tak, dalam keadaan begini, walau ada pihak yang rugi, ada pihak lain yang buat untung.

Inilah sifat duit. Behaviour berubah, pergerakan duit pun berubah.

2) Ada tak duit rakyat Malaysia dibawa keluar, atau terperuk tak bergerak?

Makin ramai sedar nak menyimpan. Semua takut belanja. Nak bercuti luar negara, PTPTN dan LHDN dah bersiap sebelah airport. Tujuannya murni, nak ‘selamat’kan ringgit keluar negara.

Ekonomi merundum, tapi makin ramai orang sanggup berbelanja untuk bercuti. Kadang-kadang, kalau silap kira-kira, masak sendiri boleh jadi rugi daripada makan luar.

Itu belum kira lagi, berapa juta ringgit mereka yang kena scam/sontot? Bawa duit keluar negara juta-juta. Berapa ramai yang tamak, biarkan tabungan sendiri “Let it go~ Let it go~”

Jadi, nampak ke tak nampak?

Saya nak ajak kita semua berfikir,

“KE MANA RINGGIT TELAH PERGI?”

Cari jawapan ini dengan ‘mata hati’. Tiada siapa yang akan tunjukkan anda jalan sebenar ‘Ringgit’ Malaysia sedang ikuti. Kalau ada, baik lari jauh-jauh dari orang itu, sebab dia sedang tunjuk jalan ringgit anda gerak ke poketnya.

Ikut saja ke mana duit mengalir. Kalau jumpa, Alhamdulillah. Cepat-cepat buat ’empangan’ di situ (pasang marketing lah situ). Dan gerakkan ke ‘sungai’ lain.

Kalau dah jumpa ‘lombong’ nanti, jangan sibuk-sibuk beritahu ramai orang. Nanti kalau ramai melombong di situ dengan rakus, habis rosak terus tercemar.

Mohon klik Share, sebab saya tahu anda tak mahu keluar dari kesempitan ini seorang diri.

Al Irfan Jani

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Lain Padang Lain Belalang, Lain Anak Lain Didiknya

Kenali My Set iPhone Sebelum Kau Menangis Sebab Tersalah Beli