in ,

Kawasan Persempadanan Semula Pilihan Raya Baru

Semalam Dewan Rakyat meluluskan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya. Persempadanan pada kali ini tidak melibatkan sebarang pertambahan kerusi, namun berlaku perubahan nama pada beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kita tolak tepi sebentar pergeseran hangat yang berlaku di Dewan Rakyat semalam dan di sini saya ingin menulis tentang nama-mana kawasan pilihan raya yang telah berubah, supaya kita sama-sama mengambil tahu dan faham tentang kedudukan semasa kita sebagai pengundi.

Perubahan nama ini melibatkan 12 kawasan Parlimen (P) dan 28 kawasan DUN (N). Kita akan meneliti mengikut negeri-negeri yang terlibat. Nama asal kawasan berkenaan berada di dalam kurungan dan ditaip dengan huruf kecil, manakala nama baharu ditaip dengan huruf besar.

KEDAH

P09 – ALOR SETAR (Alor Star)
N12 – SUKA MENANTI (Bakar Bata)

PERAK

P075 – BAGAN DATUK (Bagan Datok)
P076 – TELUK INTAN (Telok Intan)
N13 – KUALA SEPETANG (Kuala Sapetang)
N38 – ASTAKA (Sitiawan)

SELANGOR

P102 – BANGI (Serdang)
P104 – SUBANG (Kelana Jaya)
P105 – PETALING JAYA (Petaling Jaya Selatan)
P106 – DAMANSARA (Petaling Jaya Utara)
P107 – SUNGAI BULOH (Subang)
N16 – SUNGAI TUA (Batu Caves)
N21 – PANDAN INDAH (Chempaka)
N26 – SUNGAI RAMAL (Bangi)
N36 – BANDAR UTAMA (Damansara Utama)
N45 – BANDAR BARU KLANG (Sungai Pinang)
N48 – SENTOSA (Kota Alam Shah)
N49 – SUNGAI KANDIS (Seri Andalas)
N50 – KOTA KEMUNING (Sri Muda)
N52 – BANTING (Teluk Datuk)

JOHOR

P162 – ISKANDAR PUTERI (Gelang Patah)
P165 – TANJUNG PIAI (Tanjong Piai)
N07 – BUKIT KEPONG (Bukit Serampang)
N08 – BUKIT PASIR (Jorak)
N13 – SIMPANG JERAM (Sungai Abong)
N39 – TANJUNG SURAT (TANJONG SURAT)
N44 – LARKIN (Tanjung Puteri)
N46 – PERLING (Pangkalan Rinting)
N49 – KOTA ISKANDAR (Nusa Jaya)
N55 – PEKAN NANAS (Pekan Nenas)

MELAKA

P137 – HANG TUAH JAYA (Bukit Katil)
N08 – MACHAP JAYA (Machap)
N15 – PENGKALAN BATU (Bachang)
N17 – BUKIT KATIL (Bukit Baru)

NEGERI SEMBILAN

P132 – PORT DICKSON (Teluk Kemang)
N24 – SEREMBAN JAYA (Senawang)
N33 – SRI TANJUNG (Port Dickson)

TERENGGANU

N10 – BULUH GADING (Teluk Pasu)

KELANTAN

N16 – APAM PUTRA (Bukit Tuku)
N21 – PANTAI IRAMA (Perupok)

Melalui perubahan nama kawasan ini terdapat kemungkinan besar kawasan pengundian anda telah berubah dan anda perlu menyemaknya di laman web SPR selepas persempadanan semula ini diwartakan.

Ambil peduli dan ambil tanggungjawab tentang negara kita!

Daniyal Kadir

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Hadapi Pengakhiran Monsun, Like A Bos

Fungsi Kamera Huawei P20 Pro Yang Amat Canggih