,

Kaum Kidal, Bersatulah!

kidal

Dari saya kecil, saya akui memang saya paling lembab berbanding adik beradik yang lain. Paling ketara ialah hendak memahami sesuatu yang cuba disampaikan oleh sesiapa.

Dari emak, dari abah, kalau adik beradik bercerita, ya Tuhan memang mereka akan naik geram kerana saya akan banyak bertanya. Payah benar nak masuk (in) dalam satu-satu cerita mereka.

Pada tingkatan 3, saya baru tahu yang rupanya orang kidal memang akan punya masalah ini. Kebanyakkan orang yang boleh menulis dan menggunakan tangan kiri untuk melakukan satu-satu kerja akan mengalami masalah sedikit lembab dari orang normal, yang guna tangan kanan.

Jadi, saya berusaha lakukan ini:

1. Membaca dengan tekun dan belajar untuk memahami perkataan sebelum memahami ayat. Sudah terbiasa saya letakkan kamus dewan melayu-melayu di sebelah untuk memahami perkataan. Kemudian, barulah saya dapat memahami apa maksud ayat.

2. Menonton filem bahasa asing untuk membaca sari-kata. Dengan membaca sari-kata pada setiap filem asing, saya faham penggunaan Bahasa yang sesuai dengan tindakan dan perkataan yang mereka gunakan. Lebih sarat dengan Bahasa dalam bentuk komunikasi.

3. Saya meminati komik. Oleh yang demikian, membaca komik dalam bentuk dialog juga memudahkan saya berfikir untuk memahami perkataan dan ayat yang sesuai digunakan pada setiap aksi, perasaan dan emosi yang mahu disampaikan.

4. Mengambil nota. Ia membantu untuk memahami dengan lebih lanjut sekiranya pencarian di google atau enjin carian lain dilakukan.

5. Terus bertanya jika tidak faham. Walau kadang-kadang soalan itu menjengkelkan kerana terpaksa bertanya lebih dari satu kali.

6. Menghayati lirik lagu. Bukan lagu dan bukan penyanyi. Biasanya dengan menghayati bibit perkataan di dalam lagu akan membuatkan kita berlayar bersama dengan lagu tersebut. Ia memudahkan penggunaan emosi dalam perkataan yang ingin saya gunakan.

7. Banyak mendengar dari bercakap. Memang ya, diikutkan jika dikalangan kawan-kawan rapat, saya boleh jadi paling becok. Cuma, apabila saya berjumpa dengan orang lain yang belum biasa bersembang, saya akan jadi pendengar yang paling setia dari sibuk nak bersembang bersama. Ia memberi lebih fokus dan saya dapat bersabar menggunakan perkataan yang sesuai untuk menjawab soalan jika ada.

Walau hari ini, masih ketara ‘lembabnya’ saya memahami perbualan atau mana-mana penyampaian ucapan, saya berusaha sedaya upaya untuk mengambil nota dan buat ulangkaji. Saya tidak pernah kisah saya dikata lambat faham atau ‘lembab’ dikalangan orang sekeliling.

Yang penting, saya pastikan yang saya lebih faham, lebih mendalami dan memotong kelajuan mereka dengan usaha saya yang berterusan.

Hari ini, budak yang lambat dan lembab ini menulis enam buah buku, empat daripadanya terbit pada tahun ini dan bersusun akan terbit lagi. Dari seorang yang sukar faham, kini jadi manusia yang suka menulis dan memberi kefahaman kepada orang lain dengan perkataan yang jelas supaya mereka lebih memahami dan mendalami apa yang kita semua ingin sampaikan.

Tak perlu bimbang kawan-kawan,

Dari kecil kita faham yang kura-kura memang juga walau lambat. Yang penting berusaha habis daya untuk sampai ke garisan penamat. Tuhan itu maha kaya, tidak sama sekali Tuhan jadikan sesuatu kekurangan itu sebagai sesuatu yang sia-sia. Pasti ada sebab dan hikmah disebaliknya.

Ya, macam abang. Disebalik ramainya follower, ada rupa yang kacak. Kahkahkah. Ok bai.

Khairul Hakimin Muhammad,
Biar Lembab Asal Berusaha.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *