, ,

Kau Tahu Kenapa “Kuning” Dan “Merah” Tak Bertempur?

Ada sebab kenapa baju kuning dan baju merah tak ‘bertempur’ pada 19 November lalu.

Jawapan mudah yang aku boleh beri adalah – sebab ada banyak mata masyarakat yang memerhati.

Bila Jamal buat keputusan untuk turun pada hari yang sama Bersih 5.0 berlangsung, ramai yang ingat ia akan tamat dengan pertumpahan darah.

Dalam masa sama, rakyat seluruh negara nak lihat – siapa sebenarnya suka bikin angkara?

Pada hemat aku, atas sebab inilah kedua-dua pihak mahu menunjukkan mereka lebih ‘mulia’ daripada pihak yang satu lagi.

Its the battle of who has better moral highground.

dsc_0067

Jadi mereka bukan sahaja tidak bergaduh bahkan kedua-dua pihak berusaha sebaik mungkin mengawal penyokong masing-masing.

Tim Bersih pastinya punya kelebihan dengan pengalaman lima siri penganjuran. Merah pula masih belajar.

Peranan PDRM mengawal keadaan memang boleh diberi pujian. Tegas dengan pendirian, mereka memastikan kedua-dua pihak tidak bertembung.

Sebenarnya kalau betul demonstran nak bergaduh, pukul 9 pagi pun dah boleh mula pergaduhan.

Merah berarak masuk ke tempat ramai kuning berkumpul. Kuning bertempiaran lari, aku ingat memang dah nak berlaku pertumpahan darah tetapi mereka lencong ke Jalan Raja Laut, dan tiada pertembungan berlaku.

Di kedua-dua belah ada penyokong matang, ada penyokong poyo. Adatlah. Fitrah manusia memang begitu.

Kedua-dua belah ada yang jerit keluar kata kesat, ada yang berucap topik meraban, ada yang rosakkan tanaman hiasan, ada yang panjat pagar, ada yang tinggalkan sampah merata.

dsc_0037

Aku pilih untuk lihat sisi yang lebih besar. Ini adalah satu proses kematangan. Yang penting tak ada yang gaduh, tak ada yang cedera.

Boleh jadi ada yang tak setuju dengan pendapat aku, aku cuma cerita ikut apa yang aku lihat aja.

Bertugas di Jalan Tuanku Abdul Rahman, mungkin ‘rezeki’ aku di sinilah berlakunya pertembungan mereka secara berdepan. Tempat lain tak ada yang begini.

Penting, sekarang aku nak tengok – kedua-dua penganjur berani tak nak bayar bil tuntutan DBKL RM 27, 373.66 akibat kerosakan landskap dan kerja-kerja pembersihan?

Ali Imran
Wartawan Awam pilih untuk lihat yang baik

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *