in

Kau Tahu Beza Hotdog, Sosej Dan Frankfurter? Ke Kau Tahu Makan Saja?

Orang kita, kalau dia rajin membaca dia akan faham ada beza antara hot dog (bukan anjing panas), sosej dan frankfurter.

 

Hot dog, yang banyak dijual di tepi jalan di New York atau kota lain di negara Uncle Sam, adalah sosej yang dihidangkan di dalam roti ban yang dibelah dua dan diletakkan sos mengikut pilihan citarasa.

 

Sosej pula adalah makanan yang dibuat dari daging kisar (lembu, ayam, babi atau sebagainya), diawetkan dan bila dihidangkan sebatang begitu sahaja atau dipotong-potong, tidaklah pula dikepit dengan roti ban belah dua.

 

Frankfurter pula, sejenis sosej yang berasal dari kota Frankfurt, Jerman sejak abad ke-13 dan dibuat hanya dari babi. Di Eropah sana, kalau sebut frankfurter tak lain tak bukan sosej babi yang mengikut resepi tradisi kota Frankfurt itulah. Jadi kalau ikut JAKIM punya pegangan, frankfurter ayam oleh Ayamas yang ada sijil halal tu pun boleh mengelirukan juga.

 

Tapi JAKIM tahu orang kita tak rajin membaca jadi mereka rasa nama frankfurter tak ada masalah berbanding nama Pretzel Dog. Atau mungkin JAKIM sendiri yang tak rajin membaca dan tak pernah tahu menatang frankfurter tu apa dia sebenarnya.

 

Jadi untuk menamakan Pretzel Dog kepada Pretzel Sausage atau Pretzel Frankfurter, bagi aku lah, adalah salah. Seumur hidup aku yang bukan chef, aku panggil hot dog bila benda tu datang berapit roti ban, dan aku panggil sosej kalau dia datang telanjang begitu sahaja. Tapi aku duduk kampung lah juga, bukan orang bandar pun. Cuma aku ada Ensiklopedia Brittanica 20 jilid.

 

Dalam kes Pretzel Dog, benda yang Auntie Anne’s duk jual tu ialah sosej yang dibalut oleh pretzel. Mereka tak namakan benda tu hot dog kerana atas faktor pemasaran, mestilah Auntie Anne’s nak popularkan pretzel, makanan jualan utama mereka. Dan Auntie Anne’s juga tahu untuk menamakan benda tu dengan perkataan ‘sausage’ atau frankfurter juga tidak tepat dari segi ilmu kulinari.

 

Di Malaysia yang anjing lebih kepada haiwan peliharaan dari menjadi haiwan makanan, terang-terang kita semua dah maklum bahawa Pretzel Dog itu bukanlah daging anjing kisar yang dijadikan sosej dan dibalut pretzel.

 

Dan bagi JAKIM pula, yang lebih risaukan andai perkataan ‘dog’ boleh mengelirukan (tanpa sedar maksud sebenar ‘frankfurter’) sepatutnya merujuk balik kepada Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. Dalam tu ada disenaraikan maksud halal, dan persoalan sama ada nama turut memainkan peranan langsung tidak disebut.

 

Atau kalau tak mahu juga, nak aku bertanya kenapa 1901 Hot Dogs yang popular satu masa dahulu pernah diberikan sijil halal tapi tak pula disuruh tukar nama kepada 1901 Hot Beef atau 1901 Hot Chicken.

 

Lucius Maximus

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 100.000000%

4 Comments

Leave a Reply
  1. betol ke apemazing ni website syok sendiri yang letak story member member yang menulis buku tapi tak laku?

  2. Sebenarnya isu ni bersangkut paut dari segi hukum Islam, atas sebab nama ‘dog’ tu yg tak cantik, sebab benda ni lebih kpd pandangan dari sudut rohani, apa yg dimakan tu eventhough halal tapi dinamakan dgn something yg tak disukai or negative, cth: roti najis. Agak2 nak makan tak?
    Sbb tu perihal agama biarlah yg pakar and para ilmuan ulama yg laksanakannya, dari segi pandangan logik kita mmg nampak benda ni remeh, walhal banyak lagi ilmu perihal agama kita jahil. Wallahualam.

  3. Kalau tak silap DAWD pernah informed kes ni bkn sekadar nama pretzel dog tu. Cuba penulis cari pulak cerita kisah dtg dr mana origin pretzel tu. Baru nmpk relevannya kenapa JAKIM enggan keluarkan sijil halal kpd Auntie Anne

Leave a Reply

Dah Tahu Nak Sijil Halal, Ikutlah Prosedurnya

Bagaimana Posting Makanan Di Facebook Boleh Jana Ekonomi Negara