in ,

Kau Rasa Anak-Anak Kelainan Upaya Ini Tak Akan Berjaya Dalam Hidup?

Isteri aku merupakan seorang guru Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) di SK Bandar Baharu, Bandar Baharu, Kedah. Murid dalam kategori ni lain berbanding Masalah Pendengaran atau Masalah Penglihatan. Secara fizikal, mereka seperti murid normal tapi lemah dari segi kognitif.

Satu malam selepas balik jalan-jalan, isteri aku tanya, “Macam mana lah murid-murid saya nanti bila dah besar, entah berjaya entah tak dalam hidup?”

Aku faham soalan dia. Perangai cikgu memang macam tu. Selalu ambil berat kepada murid, walaupun di luar sesi persekolahan. Dia pula masih baru, bekas murid paling tua pun baru 15 tahun.

Jadi aku cakap kat dia, “Tak perlulah risau sangat, semua murid awak akan berjaya dalam hidup. Cuma tahap berjaya tu tak boleh kita ukur macam kita. Kalau dah besar nanti, depa boleh kerja sikit-sikit, dapat gaji, mampu bagi kat mak bapak nafkah, jadi manusia dan tak menyusahkan masyarakat kira dah berjaya lah tu.”

Setiap orang ada definisi berjaya masing-masing. Mesti berlainan antara satu sama lain. Kalau peniaga ada nak jadi jutawan, orang makan gaji nak naik pangkat paling tinggi, atlet nak menang pingat.

Jadi kita tentukan istilah berjaya itu untuk apa. Jika dia memang nak berjaya mengikut apa yang dia nak, maka dia dah berjaya.

Lain orang lain ujian. Tahap berjaya juga pastinya berbeza-beza.

Kalau semua sama, bosanlah hidup kita.

Zulhilmi Daud

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Belajar Bahasa Melayu Di Jerman. Kau Biar Betul?

Kita Tolong Orang, Tuhan Pasti Tolong Kita