in ,

Kau Perlu Tahu Benda Asas Ini Dulu Sebelum Main Chess

Kita selalu meletakkan konotasi negatif apabila kita menyebut tentang catur. Bagi saya yang reti-lah-sikit-sikit main chess ni, sesebuah organisasi yang mampu bergerak ke hadapan tidak boleh semuanya queen sahaja, atau semuanya rook sahaja. Chess ialah tentang team player.

1. Pawn.
Pawn ialah buah catur yang bersusun di hadapan sekali. Mereka ialah pelaksana. Mereka ialah penggerak dalam sesebuah organisasi. Dan setiap daripada mereka mempunyai potensi besar yang bisa digilap jika kita menggerakkan dan membimbing mereka ke hadapan sebaiknya. Pawn mempunyai potensi untuk menjadi Knight, Bishop, Rook dan Queen.

Sesetengah orang fikir pawn ialah buah catur yang boleh sesuka hati dibazirkan untuk mencapai matlamat. Salah tu. Dalam permainan catur, jika pawn telah habis, King akan terdedah pada bahaya ancaman, begitulah organisasi, tanpa pelaksana dan mereka yang berpotensi untuk menerajui organisasi di masa akan datang, sebuah organisasi lambat laun akan kecundang.

2. Knight
Bagi pemain catur, Knight ialah buah catur yang istimewa tidak seperti buah catur yang lain. Knight boleh “melangkah” buah catur lain untuk ke hadapan, dan pergerakannya yang fleksible selalu sukar dijangka. Selalu orang gerun dengan buah catur Queen, tetapi Knight ialah buah catur yang efisyen jika hendak menumbangkan Queen.

Dalam sesebuah organisasi, Knight ialah mereka yang mampu melihat jauh ke hadapan, seorang yang visionary dan strategis. Orang selalu akan sukar menjangkakan gerak seorang Knight. Mereka ialah orang yang selalu melihat apa yang orang lain tidak mampu lihat.

3. Bishop
Dalam permainan catur, di pusingan-pusingan awal permainan terutamanya, jika musuh tersilap meletak buah catur, anda akan lihat tiba-tiba Bishop keluar dan membereskan musuh – ya pemain catur selalu meletakkan Bishop sebagai perangkap. Bishop ialah seorang yang berfikiran kritis dan analitikal. Bishop hanya akan mampu melakukan perangkap sedemikian hanya sekiranya pemain tidak tersilap dalam langkah-langkah sebelumnya yang boleh merugikan peluang.

Begitulah Bishop, dalam organisasi, mereka ialah orang yang menjadi check and balance kepada Knight. Jika Knight seorang yang idealistik dan visionary, Bishop ialah seorang yang realistik dan kritikal. Data-data lepas dan semasa sangat penting untuk seorang Bishop merangka gerak kerja ke hadapan.

4. Rook
Rook ialah buah catur yang orang katakan sebagai benteng terakhir yang akan mempertahankan King. Rook tidak se-fleksible Knight, dan tidak seperti Bishop yang selalu kita gunakan untuk menyerang, bahkan jika tidak berhati-hati kadang tak pasal-pasal Rook kita senang-senang ditumbangkan musuh. Tumbangnya Rook dalam permainan catur merupakan petanda buruk bahawa kita akan alami kesukaran hendak menyekat kemaraan gabungan Queen dan Bishop dalam men-checkmate-kan kita.

Dalam organisasi Rook ialah mereka yang mampu berfikir dan bertindak dengan pantas dan efisyen walau dalam keadaan yang gawat dan genting yang memerlukan keputusan segera. Dalam keadaan yang tidak genting tidak dijangka, Bishop sukar membuat keputusan dan Knight mungkin akan bertindak terburu-buru. Seorang Rook ialah mereka yang selalu menyelaraskan kembali prinsip dan pegangan ahli yang lain. Mereka ialah benteng kukuh kepada tegaknya prinsip dan budaya kerja dalam organisasi.

5. Queen
Catur kesayangan kebanyakan orang. Terburu-buru menyerang, Queen-lah yang akan terbunuh dulu sebelum Knight, Bishop dan Rook. Queen ialah catur yang boleh bergerak ke semua arah (Bishop+Rook) tetapi tidak seperti Knight. Bijak menggerakkan Queen, sekejap sahaja boleh checkmate walaupun pusingan perlawanan baru sahaja bermula.

Dalam organisasi, Queen bukanlah seperti terma ‘queen-control’, tetapi ialah mereka yang fleksibel dan kompeten dalam team player. Letaklah dia di mana-mana, dia akan excel dan cemerlang. Multitasker sejati. Ada masa dia seperti Bishop, ada masa dia seperti Rook. Sebagaimana pemain catur kebiasaannya suka memilih Queen, seperti itulah juga dalam sesebuah organisasi. Sebab jika sesebuah organisasi kekurangan Rook dan Bishop, mereka yang memiliki perwatakan Queen boleh memenuhinya. Jarang-jarang sekali Queen jadi seperti Knight, seperti dalam Chess, Queen tidak mampu bergerak seperti Knight, tetapi ada ketikanya juga Queen mampu menyaingi seorang Knight.

6. King
King ialah catur utama dalam permainan catur. Pemain catur perlu menamatkan permainan dengan checkmate-kan King musuh, dalam masa yang sama pertahankan King sendiri. Gerakan King sangat fleksibel, tetapi terhad.

King saya mengandaikannya sebagai organisasi itu sendiri. Berdirinya dengan sebuah impian, prinsip, visi dan misi yang mana semua itu memerlukan satu team untuk menjayakannya – itulah Pawn, Knight, Bishop, Rook dan Queen. Sebuah organisasi akan mengalami kesukaran untuk berjaya jika kekurangan ahli yang sedemikian.

Jika semuanya Pawn kita akan kekurangan mereka yang boleh membimbing Pawn dan kekurangan daya kritis, visionari, berprinsip dan kompeten. Jika semuanya Knight organisasi akan jadi tidak tersusun. Jika kesemuanya Bishop, organisasi hanya akan berada di comfort zone dan tidak berani mencuba. Jika kesemuanya Rook, masing-masing akan buat kepala masing-masing dan berpecah. Jika kesemuanya Queen, organisasi tidak akan mampu berfokus.

Begitulah sebuah organisasi memerlukan sinergi kesemuanya.

Nota 1: Status ini ditulis berdasarkan pengalaman saya pernah bermain chess dan sekadar cuba mengamati ‘nature’ buah catur ini dengan personaliti orang di sekeliling saya.

Nota 2: Status ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan bertaraf autentik untuk artikel ilmiah ya.

Syahira Hozami

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Siapa Kata Gadget Dan Youtube Tidak Baik Untuk Anak-anak?

Cara DIY Luangkan Masa Dengan Anak-anak