in ,

Kau Nampak Malaikat Atau Syaitan?

Gambar : https://www.flickr.com

Dalam gambar ini, apa yang kau orang nampak?

Kau orang nampak malaikat yang terbang di syurga yang gelap ataupun kau orang nampak syaitan yang terbang di neraka yang cerah?

Gambar ini sebenarnya sebuah ukiran kayu yang diukir oleh M. C. Escher pada tahun 1960.

Ukiran ini diberikan nama, ‘Circle Limit IV’

Dalam gambar ini, terdapat tiga gambaran;

1. Kejahatan dan Kebaikan wujud di dunia ini.
2. Terdapat garis pemisah yang halus antara kebaikan dan kejahatan.
3. Tak mustahil seorang ‘malaikat’ mampu menjadi ‘syaitan’,begitulah sebaliknya.

Dalam tradisi Kristian, mungkin popular dengan kisah Lucifer yang taat dan disayangi Tuhan, malah ‘imam’ dalam kalangan Malaikat sehinggalah dia mencabar suruhan Tuhan.

Akhirnya, Tuhan melemparkan Lucifer dan pengikutnya ke neraka.

Lucifer kata, “Lebih baik memerintah neraka daripada berkhidmat di syurga.”

Kemudian, Lucifer menjadi seorang yang paling jahat (evil), seorang penipu, seorang yang sembang lebat.

Lucifer, bersama dengan menterinya ketika persidangan di neraka, tahu mereka tak boleh menang kalau lawan secara berdepan dengan para tentera syurga.

Beelzebub cadangkan supaya rosakkan ciptaan Tuhan paling sempurna, iaitu manusia untuk membalas dendam. Cubaan pertama mereka berjaya dengan menggoda Adam dan Eve sehingga dibuang dari syurga.

Dosa Lucifer dipanggil ‘cupiditas’ oleh para pemikir Zaman Pertengahan.

Bagi Dante, dosa ini dipanggil sebagai ‘Sins of the wolf’, iaitu keadaan spiritual yang mempunyai bintik-bintik hitam dan gelap yang sangat dalam sehingga tiada bentuk kuasa dan kekayaan yang mampu mengisi kekosongan dan kehitaman tersebut.

Apa yang ada di dunia ini, cuma untuk dieksploitasi untuk kepuasan diri dan untuk memenuhi kehitaman tersebut.

Menurut Neraka Dante, dosa Lucifer berada pada bulatan yang ke-9. Orang yang tak peduli dengan apa-apa pun, melainkan dirinya sendiri.

Alamak, pasal Lucifer pulak memanjang.

Aku baru layan ‘Dark Night: Metal’. Tajuk macam mengarut, tapi ceritanya sangat menarik.

Ia kisah 7 orang Batman yang berasal daripada dunia yang berbeza-beza bertukar menjadi sangat jahat.

Disebalik kisah silam mereka, mereka seorang yang baik macam Batman yang kita sayangi.

Mereka menjadi jahat kerana penyesalan, cinta, kekecewaan, pengkhianatan, penindasan, rasa ‘helpless’ dan pelbagai lagi bentuk bebanan yang memecahkan jiwa.

Suatu ketika dahulu aku pernah terbaca, ada orang suka watak jahat yang ‘pure evil’. Yang lahir-lahir terus jahat tanpa ada kisah silam yang tragis.

Sebenarnya itu pun bukan ‘evil’ yang sebenar tapi ‘Eviler than thou’. Perasan ‘evil’ saja. Syok sendiri.

‘Evil’ yang sebenar adalah orang yang paling faham tapi memilih untuk melakukan perbuatan yang teruk.

“Evil is knowing better; but doing worse”.

Orang yang faham sisi jahat dan buruk manusia. Yang paling faham rasa beban dan kesengsaraan. Yang paling faham erti cinta dan kebencian. Yang paling faham erti percaya dan pengkhiatan.

Sekarang ini watak-watak jahat komik dan cerita, banyak dibentuk begitu.

Tak ada lagi watak Frieza dan Cell yang jahat membabi buta. Tetapi muncul watak Madara dan Nagato yang jahat kerana penderitaan dan kesengsaraan.

Tak ada lagi watak rasaksa dan alien nak buat jahat tak tentu hala seperti dalam Power Rangers. Tetapi muncul watak jahat sepeti Amon yang sosialis dan Zaheer yang anarkis memperjuangkan apa yang terbaik untuk manusia.

Sekarang, cerita-cerita kawan lawan kawan sudah disajikan. Cerita perang saudara dalam Marvel dan DC semakin mendapat tempat.

Zamir Mohyedin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Tiga Belas Hari Mengenal Iran Yang Kontroversi : Bahagian Tiga

Tiga Belas Hari Mengenal Iran Yang Kontroversi : Bahagian Empat