in ,

Kau Mungkin Terkejut Bila Tahu Lagu-Lagu Ini Sebenarnya Lagu Cover

Sekarang dekat laman sosial, forum muzik antarabangsa dan bawah tanah global, ribut tentang Natalie Imbruglia, penyanyi yang meletup dengan lagu ‘Torn’ yang meraih kejayaan dengan jualan rekodnya pada 90-an. Dikatakan lagu Torn tersebut adalah sebuah lagu cover dan dinyanyikan oleh beberapa orang penyanyi sebelum beliau. Dari komen para peminat, tampak jelas kekecewaan lepas lebih sedekad merasa tertipu.

Lagu cover adalah lagu yang dimainkan semula, dan dalam sesetengah kes, diberi nafas baru samada dari segi olahan melodi, mood atau lirik. Kebiasaanya, pemuzik akan meminta izin daripada penerbit, syarikat rakaman yang memegang hakmilik asal dan pencipta asal lagu terlebih dahulu sebelum merekodkan lagu cover.

Dekat sini aku senaraikan 6 buah lagu cover yang popular dan mungkin ramai yang dah tahu, dan mungkin masih ramai yang belum tahu.

1. Nirvana – The Man Who Sold The World (1993)

Bukan Grungers pun kenal band pelopor alternatif rock dari US ini, yang memperkenalkan fenomena ‘Bunyi Seattle’ ke serata dunia. Lagu The Man Who Sold The World dimuatkan dalam album khas Nirvana, MTV UNPLUGGED LIVE IN NY dan dirilis pada tahun 1993, dua tahun sebelum Kurt Cobain meninggalkan kita semua. Pencipta dan penyanyi asal lagu ini adalah David Bowie, pemuzik dan pelakon berbangsa Inggeris terkenal yang merakamkan lagu ini untuk album ketiganya yang juga berkongsi judul yang sama pada tahun 1970.

Bowie terkenal sebagai seorang pemuzik transisi, bermaksud muziknya bersifat merentasi segala genre yang ada, meskipun muziknya tetap dilabel Psychedelic. Beliau mencapai kegemilangan di era 70-an dan hingga kini, Bowie menjadi antara pengaruh kuat pemuzik-pemuzik baru seluruh dunia.

 

2. Sweet Charity – Kamelia (1980)

Pencetus fenomena Rock tanahair yang berasal dari Singapura ini punya koleksi lagu-lagu popular sepanjang zaman. Antaranya adalah sebuah lagu yang berjudul ‘Kamelia’ yang dimuatkan dalam album Pelarian (1980). Penyanyi asal dan pencipta asal lagu ini adalah Ebiet G Ade, seorang pemuzik berasal dari Indonesia. Lagu ini dikeluarkan buat pertama kalinya pada tahun 1979 dan judul asal lagu ini adalah Camelia II sebelum ditukar kepada Kamelia oleh Sweet Charity. Ebiet punya rekod dan pencapaian yang mengkagumkan sepanjang karier beliau dengan menghasilkan 21 buah album studio dan 25 buah album kompilasi.Kekuatan melodi dan lirik lagu ini mungkin faktor penarik kepada Sweet Charity, lantas merakamnya semula dengan sedikit olahan agar bersesuaian dengan stail Sweet Charity.

3. Mr.Big – Wild World (1993)


Rata-rata dari kita pasti pernah dengar lagu ini, walaupun tak kenal siapa penyanyi dan tajuk lagu ini masa di sekolah menengah dulu. Lagu Wild World yang berentak catchy dan fun ini sering dimainkan di corong radio namun versi yang sering kita dengar itu adalah dari Mr.Big, sebuah band Hard Rock dari US. Pencipta dan penyanyi asal lagu ini adalah Cat Steven. Ya, Cat Steven pemuzik berbangsa Inggeris yang memeluk Islam pada 1977 dan menukar namanya kepada Steve Adam Yusof. Lagu ini dibikin Yusof pada tahun 1970, dengan elemen dan identiti Yusof Islam yang masyhur dengan muzik folk/pop-rocknya.

4. Marilyn Manson – Sweet Dreams (1995)


Marilyn Manson, band yang penuh dengan kontroversi vokalisnya yang secara terangan menyatakan kebencian beliau terhadap agama menjadikan band ini sebagai sebuah cult-culture. Imej yang pelik dan creepy adalah trademark band Industrial Metal ini ketika beraksi di atas pentas selain vokalisnya yang diangkat sebagai figura Anti-Christ. Lagu Sweet Dreams yang dikeluarkan pada 1995 meraih populariti sekaligus menaikkan lagi nama band ini.

Pemilik asal lagu ini adalah band duo electro dari UK, Eurythmics yang dianggotai Annie Lennov dan David A.Stewart dan dikeluarkan pada tahun 1983. Melodi asal lagu ini lebih kepada pop dance dan berentak catchy, berkontradiksi sama sekali dengan versi yang dicover Marilyn Manson; gelap, suram dan buat mereka yang tidak biasa dengan genre ini, lagu ini dalam versi mood Manson sangat menyeramkan.

5. Guns and Roses – Knocking’s On The Heavens Door (1990)

Otai rock yang merajai takhta band paling sukses sepanjang zaman ini juga sering merakamkan lagu-lagu cover. Antara yang popular adalah Knockings On The Heavens Door, yang dinyanyikan dan dikomposisikan sendiri oleh Bob Dylan pada tahun 1973. Sebelum GnR rekodkan lagu ini, ada satu ayat yang sering digunakan para pengkritik muzik dalam menggambarkan Gnr yang berbunyi; ‘What the Gunners play is very good, but what the Gunners say is very bad’. Ayat ini menggambarkan sikap Axl Rose yang sering mengeluarkan kata kata kesat dan lucah dalam lagu-lagu GnR, tapi kata-kata kotor itu hilang dalam keenakkan muzik yang dihasilan mereka. Kecuali untuk lagu ini, GnR mengekalkan melodi dan lirik asal bagi menghormati Bob Dylan.

6. Lefthanded – Tiada Lagi Kidungmu (1987)

Lagu ini antara lagu yang paling popular dan sinonim dengan Lefthanded. Tiada Lagi Kidungmu antara single yang terkandung dalam album sulung mereka yang dikeluarkan pada 1987. Hampir semua peminat mereka menganggap lagu ciptaan komposer Indonesia Arie Wibowo itu memang untuk Lefthanded.

Penyanyi asal lagu ini ialah Jack Marpaung dari Indonesia yang merakamkan lagu itu pada 1970-an. Namun, kemungkinan kekuatan vokal Nash lebih sesuai dengan lagu ini yang menjadikannya lebih popular.

 

Hingga ke hari ini, lagu Yesterday yang dicipta oleh kugiran British terkenal The Beatles kekal sebagai rekod yang paling banyak dicover hingga mencecah 2,200 versi.

Lagu cover adalah suatu bentuk penghormatan buat pemuzik asalnya, ada lagu yang kurang popular setelah dikeluarkan, tapi kembali meraih perhatian selepas di’cover’. Terpulang kepada pemuzik itu sendiri bagaimana mahu mengadunkannya semula atas kapasiti genre masing-masing. Banyak lagi lagu-lagu cover yang popular, tapi cukuplah setakat ini dulu.

Dan kita sebagai pendengar juga tidak dipaksa, berhak memilih untuk mendengar versi yang kita suka. Lain kepala lain selera, lantaklah apa orang nak kata, bukannya kita berkongsi gegendang telinga.

Adam Mukhriz

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kenapa Ramai Tak Tahu Dia Ada Kencing Manis?

Enam Sebab Kenapa Kau Perlu Sokong McGregor