Kau Ingat Senang Jadi Anak Seni?

12 tahun yang lalu masa baru nak mula berjinak-jinak menjadi seorang anak seni, saya dapat resit untuk bayaran persembahan yang pertama. Disimpan buat kenangan! Tak sangka pula menyanyi dapat menjana pulangan. Berapa pun ditawar, tak pernah kata tidak. Kadang tak ada payment pun, beria-ria juga naik bas 5 jam semata-mata nak perform! Times have changedlah ya?

15036187_10153406977082706_1505031920353530807_n

Show yang ni saya jadi opening act pendatang baru untuk artis seperti Ruffedge dan VE semasa mereka buat persembahan di Singapura. Saya datang bersendirian, pakai jacket lalu berpeluh-peluh, rambut tidak terurus, makan minumnya terabai sepanjang hari sebab teruja nak menyanyi pada malam itu. Ya, itu permulaan segala-galanya. Dapat $150 kira big deal!

Rasa sedikit terkilan sekarang bila bekerja dengan anak-anak muda (junior saya hanya 5-10 tahun lebih muda) yang hanya pentingkan duit dan mahukan end resultsnya semalaman. Pengorbanannya teramat kecil daripada segi masa dan tenaga tapi mahukan segunung penghargaan dengan serta merta. You wish! Ingat ya; seni adalah satu perjalanan, ia bukannya satu destinasi.

Macam-macam ragam orang saya dah jumpa. Tapi yang penting, saya wajib ucap terima kasih yang besar kepada semua yang melayan ragam saya. Ya, ini tidak mahu, itu tidak mahu. Tidak semua yang memahami prinsip-prinsip saya. Pada awalnya saya hanya ingin menulis. Namun 12 tahun berlalu, semua karya yang saya tulis akhirnya saya nyanyikan sendiri. Kini, kamu yang nyanyikan lagu-lagu saya.

Siapa sangka kan? $150 started it all.

Terima kasih kepada kamu ya yang sentiasa mendukung dan mendoakan saya. Saya juga doakan yang terbaik buat kamu semua. Salam sayang saya ucapkan!

Untuk anak-anak seni di luar sana, jangan give up! Kejayaan dalam seni tidak dapat dihitung dengan jumlah followers atau kekerapan namanya disebut-sebut di media. Ianya terpulang kepada definisi masing-masing dan perjuangannya tiada berakhir!

Imran Ajmain

Leave a Reply